10. Gii. Jason.

3.3K 59 0
                                    

Gii pov

Sebulan sudah berlalu. Qasha masih mengelak dari bertembung denganku. Kalau berduaan dengan aku, dia jadi takut.

Segala persiapan sudah aku siapkan. Pernikahan kami akan berlangsung esok hari.

Mama dan papaku sudah datang dari Jepun seminggu yang lepas.

Mamalah orang yang paling bahagia sekali bila aku memberitahunya yang aku ingin berkahwin.

Hubungan mama dengan Qasha semakin rapat.

Walaupun Qasha mengelak untuk berdepan dengan aku, tetapi dia masih melayani kedua orang tuaku dengan baik sekali.

Nasib baiklah dia melayani aku bila di hadapan mama dan papa. Kalau tak, mesti mama dan papa akan rasa curiga.

“Pandainya Qasha masak stew belut ni. Tak rasa hanyir pun. ajarlah mama. Mama selalu buat stew. Tapi stew belut ni bila mama buat, mesti bau hanyir. Tak tahu kenapa.” Becok suara mama di dapur. Berkongsi resepi dengan bakal menantunya.

Bibirku mengukir senyuman.

“Aku terima nikahnya Aqasha Xerin binti Abdullah dengan mas kahwinnya seperlengkap set barang kemas, dibayar tunai.” Dengan sekali lafas, Qasha sah menjadi kekasih halalku.

Kami menadah tangan membaca doa sebelum aku masuk ke dalam bilik untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Akad nikah dijalankan di dalam penthouse ku. Qasha menunggu aku di dalam bilik bersama mama dan beberapa tetamu perempuan yang hadir.

Qasha tidak mahu duduk di luar. Dia malu katanya.

Aku masuk ke dalam bilik yang menempatkannya untuk upacara pembatalan air sembahyang.

“Salam suami kamu Qasha.” Suruh Yuhani kepada menantunya. Nak tak nak Qasha menyambut juga huluran salam Gii.

Aku mencium ubun-ubunnya.

Qasha duduk di birai katil di bilik utama. Iaitu bilik Gii. Dia resah. Tak senang duduk dibuatnya.

Kancing baju nikahku, aku cuba buka. Ketat bukan main.

Nasib baik tak kena keluar. Kalau tak, pandai-pandailah kau tanggung dosa aku. Omel Qasha dalam hati.

Tiba-tiba terasa seperti ada ruang angin di belakangnya. Qasha memusing ke belakang.

Terlompat kijang Qasha dibuatnya akibat terkejut bila Gii berada di belakangnya. Kancing bajunya sudah dibukanya.

“Awak buat apa ni? Bila awak masuk?”

Aku tergelak kecil bila melihatnya sudah bangun berdiri. Muka putihnya merona merah.

Cantik. Cantik sangat.

“Aku Cuma tolong kau buka baju. Tu saja. Kesian pula tengok kau. Maklumlah. Tangan kau kan pendek.” Sengaja mahu mengusik Qasha.

“Suka betul ambil kesempatan dalam kesempitan.” Sindir Qasha.

Aku bangun menghampirinya. Dia pula mengundur ke belakang.

Aku buat muka nakal. Makin dekat aku kepadanya, makin ke belakang Qasha mengundur. Sampailah ke jalan mati. Qasha tersandar ke dinding.

Ya Allah. Tolong aku. Apa dia nak buat dengan aku ni? Qasha mengomel dalam hati.

Aku tersengih bila dia terperangkap. Tidak boleh melarikan diri.

Aku letak tangan kiriku ke dinding. Tak mahu dia larikan diri.

Qasha, kulihat memejam matanya. Tidak berani memandang aku di depannya.

Devil LoverWhere stories live. Discover now