11. Pertemuan yang tak dijangka

3K 48 0
                                    

Gii pov

Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Aku baru sahaja sampai di penthouse ku.

Malam ini giliran Tao dan Botak mengawal di hadapan pintu masuk penthouse ku.

“Papa aku dah balik Hotel?” Tanyaku kepada mereka.

“Bos besar masih ada di dalam. Katanya tunggu bos. Dia ada benda nak cakap. Madam Yuhani pun ada di dalam."

Aku meninggalkan mereka. Aku masuk ke dalam.

“Macam mana? Dah selesai ke? Kamu terluka ke?” kalut Yumada bertanya bila nampak kelibat anaknya yang baru muncul dari balik pintu utama.

Sejak anaknya keluar tadi, dia jadi tak senang duduk. Ke hulu, ke hilir. Menunggu kepulangan anak tunggalnya itu.

Risau.

“Papa tak tidur lagi? Dah lewat ni.” Tanyaku bila tiba-tiba sahaja papa bangun dari sofa mendapatkan aku.

“Tak boleh tidur. Mama kamu pun, papa tak bagitahu. Kalau dia tahu. Mesti dia pun risau juga.” Ucapnya.

“Papa janganlah risau. Gii dah uruskan dia. Dalam beberapa bulan ni, mungkin dia tak boleh bergerak lagi. Jadi, papa jangan risau. Ya. Gii tahu apa yang Gii buat.” Balasku.

“Baguslah kalau macam tu.” Lega hatinya. “Pergilah masuk bilik. Kesian Qasha. Sedih saja papa tengok muka dia bila kamu keluar tadi.”

“Gii masuk dulu. Papa pun masuklah bilik. Tidur. Malam esok kan, papa dah nak bertolak balik ke Tokyo.” Yumada mengangguk.

Aku meninggalkan papaku di ruang tamu. Aku melangkah ke bilik utama.
Pintu aku kuak perlahan dari luar.

Qasha tiada di dalam bilik.

Mana dia pergi? Tanya hatiku.

Aku keluar semula. Aku pergi ke bilik lama Qasha. Pintu biliknya aku buka. Tapi berkunci.

Tahulah aku dia ada di dalam. Aku pergi ke ruang kerja di bawah untuk mengambil kunci pendua. Aku naik semula bila kunci pendua sudah berada di tanganku.

Aku membuka kunci pintu bilik itu. Qasha dilihat sedang nyenyak tidur di buaian gantung berbentuk bulat. Aku menghampirinya. Pintu bilik itu aku kunci semula.

Aku melutut di hadapannya. Rambut Qasha yang panjang mengurai itu, aku usap lembut. Rambut Qasha yang terjuntai menutupi mata Qasha, aku selak ke tepi.

Qasha yang terasa seperti ada suatu yang hangat bermain-main di mukanya, membuka mata.

Pandangnya kabur. Sedikit mamai.

“Buat apa tidur kat sini? Kenapa tak tidur saja dalam bilik aku?” soalku bila nampaknya membuka mata.

Qasha memandang ke arahku.

“Macam mana awak boleh masuk sini? Saya dah kunci pintu tu tadi.” Qasha mengangkat kakinya ke atas buaian itu.

Terkejut dia bila melihat Gii berada di dalam biliknya.

“Inikah rumah aku. Jadi, pandailah aku nak buka mana-mana pintu dalam rumah ni.” Jawabku.

Aku bangun mahu mengangkatnya.

“Dah. Jom masuk bilik aku.”

Qasha mengelak.

“Biarlah saya tidur dekat sini.”

Aku memandangnya.

“Okey.” Balasku pendek.

Dia bangun dari buaian dan naik ke atas katil.

Devil LoverWhere stories live. Discover now