18. Punishment

6.2K 47 0
                                    

Sometime, i keep make the same mistake thats name grammar. I am not good at english btw, but still i'm still learning.
So... Be patient with me.
Correct me if i make mistake


Btw. Fyi chapter kali ni mengenai sebuah penyiksaan yang ekstream. Bagi sesiapa yang ada 'lemah jantung', fobia dengan segala bentuk penyiksaan, aku harap kau orang skip bab ni.

Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada yang hal-hal yang tidak diingini terjadi.

Maaf ya.

********************-*-**************

Gii pov

Sudah 50 hari aku berada di Itally untuk menangani beberapa isu di sini.

Setelah diselidik. Ternyata serbuan yang dilakukan oleh pihak interpol terjadi kerana adanya ulah orang dalam yang menjadi tali barut Jason.

Tidak serik kaki dan tangannya aku tembak. Ternyata dia seekor anjing yang tidak tahu berterima kasih.

Selepas malam di club malam di Genting, Jason berjaya melarikan diri dengan bantuan orang dalam yang ada di dalam group aku.

Tidak hanya di Malaysia. Jason turut mencari masalah dengan aku di Itally.

Itally merupakan markas kedua paling terbesar yang aku punya selain di Jepun. Di Malaysia, aku hanya ada beberapa markas sahaja kalau nak dibanding dengan Itally. Walaupun aku bergerak bebas di Malaysia, tetapi tetaplah port utama aku berada di Itally jika tidak di Jepun. Malaysia cuma tempat persinggahan kecil untuk aku lari bersembunyi suatu ketika dahulu sebelum aku bertemu dengan bidadari kecilku. Setelah Qasha singgah di hatiku. Aku lebih banyak menghabiskan masa aku di Malaysia untuk mencari sebuah hatiku yang dicuri Qasha.

Apalah yang dibuatnya Qasha sekarang?

Detik hatiku.

Mukaku diraup beberapa kali bagi menutup kekesalan yang besarang di benakku.

Sejak aku pergi meninggalkannya di Malaysia. Aku tidak pernah menghubungi Qasha. Aku tidak mahu meninggalkan jejak yang akan memberi impak buruk kepada Qasha.

Anak-anak buah Jason masih berkeliaran di Malaysia mencari Qasha. Aku tidak mahu atas dasar rindu aku pada Qasha. Aku meletakkan permaisuri comelku itu dalam bahaya.

Tetapi...

Rasa rindu aku dapat dikurangkan bila gambar Qasha ku tatap kasih di atas meja kerja ku.

"Please wait for a little bit more baby. You will be in my arm later..." Ku usap bingkai gambar milik Qasha dengan penuh rasa rindu yang berkobat di dada. "I miss you honey." Bisikku lagi.

Ketukkan di muka pintu mengejutkan aku dari layanan perasaan.

Sakamura datang bersama beberapa fail di tangannya.

Fail itu berisi beberapa bukti bahawa ada 'bangkai tikus mati' yang sudah lama membusuk di kalangan anak buah aku.

Aku membelek fail-fail itu sebelum menyuruhnya membawa 'bangkai' itu ke ruang bawah tanah.

Masalah aku di sini sudah hampir selesai dengan adanya bahan bukti itu. Jason dan anak buahnya sudah berada di dalam genggaman aku. Hanya sahaja menanti hukuman yang bakal dilayangkan kepada mereka.

Aku bangun membetulkan pakaianku. Kancing kot aku dibuntangkan semula, membuatkan karisma ku bergeming cahaya persona. Aku melangkahkan kaki ke arah ruang bawah tanah untuk menghukum 'bangkai-bangkai' busuk itu.

Devil LoverWhere stories live. Discover now