21. Exs coming back

4K 42 2
                                    

5 july 2021
9.53am

Sorry for the update. Been busy lately having a new stories to read up in wattpad.. Hahahaha..

Sorry.

Here you go.
A new chapter

************************************

3th pov

"Aku dah jumpa dia."

Rifqie mendongak kepalanya memandang Razif yang kini berdiri di sampingnya.

Dijongket keningnya sebelah.

"Kat mana?" Tanya Rifqie apabila Razif mengambil tempat duduk di hadapannya.

Seorang pelayan datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan.

"Teh o beng 1. Dengan nasi kerabu." Beritahu Razif kepada pelayan itu.

Setelah pelayan itu pergi. Razif kembali menatap mata Rifqie.

Smirk jelas terukir di hujung bibir Razif.

Rifqie benci apabila lelaki di hadapannya itu smirk kepadanya. Dirasakan seolah-oleh dia kalah dan diejek.

"Tell me why did we being a friend again?" Gumam Rifqie.

Razif ketawa.

"Sebab kau tak nak aku dapat Qasha tanpa pengetahuan kau." Balas Razif bersahaja.

Teh o beng Razif sampai. Tanpa disuruh, Razif menghirup Teh o beng nya.

Rifqie menyandarkan badannya ke kerusi dan tangannya disilang ke dada. Dia memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan tak suka.

"Kau rasa, Qasha akan terima kita balik ke?" Tanya Razif.

Rifqie mengerut kedua belah keningnya.

Dia kembali menegakkan duduknya. Lengan kemejanya disingsing hingga ke siku.

"I think we should back off. Qasha dah tak macam dulu."

Rifqie smirk. Mengejek.

"Asal? Kau nak aku berundur sebab kau nak dia untuk kau seorang?" Balas Rifqie.

"Thats not what I meant Qie." Balas Razif. Dia juga turut menegakkan badannya.

Situasi menjadi sedikit bening.

"Qasha macam mengelak masa dia jumpa aku. Even masa aku cuba nak dekati dia. Ada saja tempat yang dia akan sembunyi. Kadang tu, aku rasa macam. Tak ada guna kalau kita cuba paksa dia. Aku takut..."

"Kau takut dia akan lari macam dulu lagi?" Tanya Rifqie tidak sabar.

Razif mengangguk.

"Aku tak kira. Aku tetap nak dia." Rifqie bersikeras mahukan Qasha kembali.

Razif menggeleng kepalanya.

"Tak boleh ke kalau kita biarkan dia dengan pilihan hidup dia?" Razif cuba memujuk.

"Kalau aku tak dapat dia. Tak. Akan. Ada. Sesiapa. Boleh. Dapat. Dia." Dengan itu. Rifqie bangun.

Razif memandang rivalnya.

"Kat mana kau jumpa dia?" Tanya Rifqie dengan suara yang tajam.

Razif menghela nafas berat.

Dia tidak mahu Qasha kembali kepada Rifqie. Rifqie. Bukanlah orang yang tepat untuk Qasha.

Perangai panas baran Rifqie membuatkan Razif jadi bertambah yakin bahawa Qasha tidak akan pernah bahagia jika bersama kembali dengan Rifqie.

"Jadi kau tak nak bagi tahu aku?" Rifqie menekan suaranya.

Devil LoverWhere stories live. Discover now