Bab 1

656 54 34
                                    

  "Cantik betul, Diane!" teruja Ryujin memuji sahabatnya yang terlihat anggun mengenakan dress putih. 

  Hari yang dinanti-nantikan muncul juga akhirnya. Majlis perkahwinan Diane dan Jung Wooyoung yang bakal berlansung beberapa jam sahaja lagi. Diane tersenyum melihat dirinya sendiri, berdiri di hadapan cermin yang hampir sama besar dengan tubuhnya itu. Lengannya dipaut Ryujin, satu-satunya sahabat yang ada di saat jatuh dan bangunnya.

  "Lepas ni, tak ada dah orang yang nak temankan aku jalan-jalan." Ryujin sedikit memuncung.

  "Cakap apa kau ni? Walaupun aku dah kahwin, tak bermakna persahabatan kita ni terputus macam tu aje. Lagipun Wooyoung bukannya tak kenal kau, dia mesti tak kisah!" Diane balas dengan senyum.

  Belum sempat Ryujin berbicara lagi, pintu bilik dibuka perlahan. Kelibat abangnya jelas berdiri di muka pintu, terpegun juga melihat adik gadisnya yang bakal dinikahkan beberapa jam sahaja lagi. Namun abangnya bukanlah bersendirian. Senyum Diane sedikit memudar dengan kelibat lelaki di sisi abangnya itu. 

  "Cantik adik aku ni." Lee Know tersenyum, mendekati Diane.

  Diane berpaling menghadap abangnya, Ryujin melabuhkan punggung di bucu katil. Tak jemu Lee Know memandang wajah adiknya yang seorang ini, cantik orangnya, berkerjaya lagi. Sejujurnya dia memang bangga punya adik seperti Diane. 

   "Eh ni, Hwa nak juga datang." Lee Know berbicara lagi.

  "Masuklah, Hwa." pelawa Diane.

  Ada sejarah di antara mereka berdua. Seonghwa merupakan bekas kekasihnya sendiri. Putusnya hubungan mereka hanya kerana mereka tidak sependapat dan sukar juga untuk dibawa berbincang. Biasalah, mereka masih lagi muda di waktu itu, masih mentah dan tidak matang. Diane juga tak pernah menyalahkan Seonghwa, baginya dia juga ada salah khilafnya. Mereka berdua manusia, bukan malaikat.

  "Aku minta maaf datang sampai ke sini sebab nak jumpa kau. Aku nak kena gerak awal, Diane. Sebab aku ada hal sekejap lagi. Jadi itu yang aku nak jumpa kau dekat sini, nak kirimkan hadiah. Takut nanti tak sempat nak jumpa kau lepas majlis." Seonghwa menghulurkan beg kertas yang dari tadi dia bawa.

  "Terima kasih, Hwa. Kau datang pun aku happy dah." beg kertas tadi diambil Diane, dihulurkan pula kepada Ryujin. 

  "Eh bukan ke Wooyoung sepatutnya dah sampai dengan pihak keluarga dia?" dahi Lee Know berkerut, jam di tangan di pandangnya.

  "Itulah, sepatutnya dah sampai." Ryujin membalas, hadiah pemberian Seonghwa diletakkan di atas katil di sisinya.

  "Ada masalah agaknya. Sekejap Diane call." Diane turut risau, telefon bimbit diambilnya.

  Sabar Lee Know, Seonghwa dan Ryujin menunggu panggilan Diane dijawab. Setelah dijawab, senyum di wajah Diane tidak dapat disorokkan lagi. Gembira benar mendengar suara bakal suami.

  "Sayang, dekat mana dah?" sapa Diane.

  "I.. i am sorry. I tak nak kahwin dengan you. Kita cancel majlis." 

  Bagaikan petir baru saja menyambar, telefon bimbit di tangan Diane jatuh menyembah lantai. Mahu terkejut satu penghuni bilik di ketika ini. Lee Know ambil telefon bimbit di lantai, dia pula yang bercakap dengan Wooyoung. Ryujin laju memaut lengan Diane yang nyata membeku.

  "Babe, kenapa ni?" Ryujin menyoal risau.

  "Apa kau kata?!" belum pun Diane menjawab, Lee Know menyergah. 

  Seonghwa semakin tak tentu arah, matanya yang tadinya risau memandang Diane kini beralih pula memandang Lee Know. Apa yang jadi ni sebenarnya? 

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now