Bab 8

278 45 4
                                    

  Terkelip-kelip mata Mingi melihatkan kaki Seonghwa yang membengkak. Bantal dibaling, tepat mengena mukanya.

  "Kau tengok apa?!" Seonghwa bersuara.

  "Apa buas sangat kau ni?" Mingi membalas.

  "Dah nak jatuh, jatuhlah! Nak buat macam mana lagi? Kau ni datang melawat sepatutnya bagi semangat dekat aku, bukan terkelip-kelip pandang aku macam tu!" 

  "Masalahnya engkau tu macam budak-budak! Atas tangga pun kau nak berlari. Dah Diane tak boleh pergi pejabat sebab nak jaga suami dia yang tak cukup umur ni. Kau tak ada kerja sangat ke sampai nak berlari atas tangga?"

  "Elok-elok kaki aku bengkak, kepala kau pula yang bengkak ni nanti."

  "Eh aku pula?!" Mingi mencebik. "Orang datang nak melawat, dia marah pula. Aku ada bawakan buah tangan untuk kau ni! Ambillah."

  Selamba Mingi hulur. Dia berdiri di hadapan katil Seonghwa, Seonghwa pula terbaring di atas katil. Jauh jugalah jarak mereka. Tak pernah lekang senyuman di wajah Mingi menghulurkan buah tangan. 

  "AKU TAK SAMPAILAH! DATANG LAH SINI, SEBELAH AKU! ADUHAI KAU NI!!!!"

  "Oh! Lupa pula!"

  Mingi garu kepala yang tak gatal, buah tangannya diletakkan di sebelah Seonghwa. Mahu saja Seonghwa tarik telinga si Mingi ni. 

  "Apa yang bising sangat ni?" Diane melangkah masuk dengan dulang. Ada air, ada juga beberapa potong kek coklat. "Makanlah Mingi. Maaflah kena naik sampai ke dalam bilik. Aku  risau nak papah Seonghwa ke bawah."

  Hidangan tadi diletakkan di atas meja kecil. 

  "Eh tak apa! Aku tak kisah pun. Tak payahlah susah-susah kau nak papah dia ni. Seonghwa ni dahlah berat macam batu, nanti tergolek pula kauorang berdua." 

  "Naik darahnya aku dengan kau ni, Mingi...." Seonghwa tahan sabar.

  "Eleh! Ni, kau berapa hari ambil cuti?"

  "Dua tiga hari je. Nanti aku masuk kerja semula. Kau rindu ke tak ada aku dekat balai? Kau biasanya berkepit dengan aku tak kira masa, sampai ke rumah aku pun kau ikut!"

  "Diane, kau tengoklah suami kau ni. Tak sedar diri betul. Kita tanya sebab caring dengan kawan kita, tapi dia boleh perli kita macam tu je? Tak apalah, lepas ni aku tak nak berkepit dah dengan kau. Nampak sangatlah tak suka aku datang rumah ni." Mingi pura-pura merajuk, Diane sekadar senyum.

  "Merajuk ke tu?!" 

  "Ah sibuklah kau!" 

  "Mingi, kau nak datang bila-bila pun aku tak kisah. Kita kan kawan~" Diane bersuara akhirnya.

  "Entah. Dia tu acah-acah je, sayang." Seonghwa menjelir.

  "Aku kerat lidah tu nanti!"

  Yeji menunggu kedatangan Ryujin. Lama sungguh dia tak berjumpa dengan rakannya itu. Kalau dulu rajin juga mereka berjumpa. Pandangan matanya beralih memandang seorang gadis yang melangkah masuk dengan penuh gaya. Senyum terukir di bibirnya.

  "Yeji.." Yeji bangkit dari kerusi apabila namanya disebut Ryujin, berpelukan.

  "Kau semakin cantik, Ryujin."

  "Kau tak kurang hebatnya."

  Puas memuji satu sama lain, masing-masing mengambil tempat duduk. Pesanan dibuat sebelum mereka berbual dengan lebih panjang.

  "Macam mana? Kau sihat?" Ryujin menyoal dulu.

 "Aku sihat. Much better. Kau macam mana?"

  "Aku pun sihat. Macam-macam cerita yang aku nak kongsi dengan kau ni. Lama sangat tak jumpa kau." Ryujin pegang tangan Yeji, benar-benar gembira dengan perubahan Yeji.

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now