Bab 3

339 50 36
                                    

  Seminggu menjalani hidup berumah tangga, tak dinafikan Diane semakin kuat. Seonghwa memang lelaki yang baik, tak pernah jemu melayannya. Baru saja dia ingin melangkah masuk ke dalam pejabat, terdengar suara-suara yang galak berbual tentangnya.

  "Harini puan Diane masuk ke?"

  "Katanya macam tu. Kesian puan Diane kan? Tergamak betul encik Wooyoung buat macam tu. Nasib baik ada yang sanggup gantikan tempat dia. Kalau tak malu!"

  "Tak salahkan encik Wooyoung juga. Pemakaian puan Diane tu, outdated betul! Cuba kalau puan Diane lebih bergaya, tambah makeup dekat muka tu. Mesti makin cantik!" 

  "Iyalah. Puan Diane dah cantik. Kalau tambah sikit lagi, ternganga mulut si encik Wooyoung tu! Menyesal tak sudah!"

  Tunduk Diane memandang lantai. Patutlah Wooyoung memainkan perasaannya, dia tak cukup cantik rupanya. Nafas ditarik dalam, akhirnya melangkah masuk ke ruangan pejabat. Ramah juga staff-staff mengucapkan selamat pagi kepadanya, namun hanya dibalas dengan wajah kosong.

  Pintu bilik pejabatnya dibuka, laju dia melangkah ke arah kerusi. Punggung diletakkan dengan selesa, terkenangkan kata-kata tadi. Outdated. Memang pun. Dia terlalu sibuk sehinggakan penampilan diri diambil remeh. Beg tangan diselongkar laju, tercari-cari telefon bimbit miliknya. Laju dia menelefon seseorang. 

  "Ryujin! Teman aku shopping jom?" 

  "Eh eh kau. Ingat aku tak ada kerja?" 

  "Aku nak tukar style, kau tolonglah aku."

  "Dah kenapa? Seonghwa tak suka ke penampilan kau? Tiba-tiba nak tukar style."

  "Eh suka hati akulah! Nanti aku ambil kau. Dalam setengah jam aku sampai. Bye!" 

  Diane letak telefon bimbit di atas meja. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Dia tak akan berputus asa untuk tarik Wooyoung kembali, biar diikat masuk dalam hatinya semula. Seonghwa? Dia masih tak dapat cintakan lelaki itu. Hati dia untuk Wooyoung. 


  Segak benar cara pemakaian Seonghwa. Langkah kaki diatur seiring bersama rakan sekerjanya, Mingi. Dua inspektor polis yang punya wajah tampan, siapa saja yang tak terpukau dengan dua orang ini. Sambil berjalan, laju juga mulut mereka berjalan sama. Tak penting pun topik yang dibualkan, sekadar isu semasa.

  Namun malang tak berbau. Tak semena-mena tubuhnya dilanggar seseorang. Entah sengaja entah tidak, dia tak tahu. Laju dia memandang si tuan badan, bukan meminta maaf, malah lagak benar tersenyum sinis memandangnya. Mingi turut memandang.

  "Eh Seonghwa. Maaf, tak nampak."

  "Wooyoung." nama itu terkeluar dari bibir Seonghwa.

  "Inilah suami Diane? Tak adalah hebat mana. Aku rasa ini kali kedua kita berjumpa kan?" Wooyoung angkat kening.

  "Yes. Hebat tu tak adalah hebat, tapi cukup hebat untuk jadi lelaki berani. Tak pernah lagilah aku lari dari majlis kahwin aku sendiri." 

  Ambil kau, Wooyoung! Wooyoung tersenyum sinis. Mingi yang dari tadi memerhati naik geram juga dengan perangai lelaki asing di hadapannya ini. Entah siapa lelaki ini? Langgar orang sesuka hati, nak tunjuk lagak pula. Ada yang kena sumbat dalam penjara tanpa sebab ni nanti.

  "Bro, pusing celah mana pun kau tak sehebat aku. Kau bangga sangat dapat Diane? Bekas aku tu, bro." mahu naik darah Seonghwa dengar.

  Wooyoung mendekati Seonghwa, berbisik di telinga lelaki itu. "Kau yakin ke dia takkan kejar aku balik? She loves me, bro."

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now