Bab 18

297 41 14
                                    

  Wooyoung sibuk dengan fail-fail yang berlambak di atas mejanya. Pintu pejabatnya diketuk.

  "Masuk." Arah Wooyoung.

  "Boss, ini ada surat." Sampul surat berwarna coklat diletakkan di atas meja.

  "Hum, keluar." Arah Wooyoung lagi.

  Pembantunya angguk, melangkah keluar dari situ. Belagak punya boss! Wooyoung buka sampul surat tadi, dikeluarkan isinya.

  "Surat mahkamah, dakwaan merogol?! Siapa hantar... Diane Lee?!" Terbeliak biji mata Wooyoung.
 
  Dia geleng kepala. Tak mungkin. Diane dah mati! Dah bunuh diri! Mana mungkin boleh hidup semula. Atau Diane tak pernah mati?

  "Qis!!!!!!!!" Bergegar satu pejabat.

  "Ya boss!!!!" Belum masuk Qis dah balas laungan harimau macam dipanah petir itu.

  "Manusia mana yang hantar ni?!"

  "Puan Diane Lee."

  "Mana dia?!"

  "Dah keluar beberapa minit tadi.."

  Wooyoung bergegas keluar dari pejabat. Dia berlari mencari-cari kelibat Diane tapi yang dia nampak hanyalah.. Rosanne Lee.

  "Anne? Buat apa sini?" Soal Wooyoung seraya menarik pergelangan tangan Diane.

  "Hantar tu." Bibir Diane memuncung ke arah surat yang Wooyoung pegang.

  Wooyoung kerut dahi. Apa kaitan Anne dan surat ini? Lembab lah kau ni Wooyoung.

  "Haa? T..tapi.." Wooyoung kerut dahi lagi. "K..kau Diane?!" Barulah dia sedar.
 
  Dah berabad lamanya! Baru nak sedar ke?! Diane senyum sinis, tangan dia direntap dari genggaman Wooyoung.

  "Long time no see."

  "Engkau.." Wooyoung tahan geram. "Kau sepatutnya dah mati!"

  "Tapi tak~ Jumpa di mahkamah." Diane baru nak pergi, Wooyoung tarik tangan dia lagi.

  "Kau yakin ke kau menang? Apa bukti kau ada? Kau lupa ke aku ada gambar sweet kita berdua?"

  Diane senyum sinis lagi. "Sebarlah. Tak takut~" Diane jelir lidah, dia tarik kembali tangannya dan melangkah pergi dari situ.

  Wooyoung tak puas hati, dia berlari mengekori Diane sehinggalah gadis itu berada di tempat parkir kereta.

  "Hey perempuan!"

  Diane yang baru nak buka pintu kereta mengeluh. Tiba-tiba pula seseorang keluar dari tempat duduk pemandu. Ingat Diane nak datang seorang? Abang dia ada sekali lah!

  "Asal bro kacau adik aku?" Lelaki itu bersuara. Bangchan.

  "Ini bukan adik kandung kau lah!" Balas Wooyoung.

  "Aku jaga dia lepas kau rosakkan dia. Dia adik aku. Kau nak aku sepak kepala otak kau tu, baru kau nak reti bahasa ke apa?" Garang kan Bangchan?

  "Fine. Aku fight kes ni. Kau takkan menang." Ucap Wooyoung sebelum berlalu pergi.

  Diane pandang Bangchan. Bangchan senyum nipis.

  "Let's go."

  Diane angguk, membolos masuk ke dalam kereta Bangchan. Bangchan jeling kelibat tubuh Wooyoung yang semakin menghilang.

  Kereta itu dipandu Bangchan, menuju ke rumah Diane. Bangchan ambil keputusan untuk tinggal dengan Diane. Dia risau Wooyoung serang Diane dekat rumah pula. Hal syarikat, semua Felix uruskan.

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now