Bab 16

286 44 7
                                    

  Diane baru saja nak keluar dari pintu pagar, secara tiba-tiba dia dikejutkan dengan suara Yunho. Dia pandang Yunho yang kelihatan kelam-kabut di hadapan pintu pagar rumah Seonghwa.

  "Yunho?" 

  "Anne! Anne sibuk ke harini? Yunho punya kereta rosak, Seonghwa pengsan!"

  "Pengsan?! Naik kereta Anne lah, kita pergi hospital. Cepat!" 

  Yunho cepat-cepat angguk, berlari masuk ke dalam rumah. Diane ikut sekali. Tubuh Seonghwa dipapah mereka berdua, dibawa masuk ke dalam kereta Diane. Diane memecut laju keretanya, risau dengan Seonghwa. 

  Sementara Lee Know pula sibuk bersiap di hadapan cermin, segak betul. Maklumlah, hari pertama nak jumpa Yeji. Tapi tiba-tiba telefon dia berdering.

  "Hello."

  "Lee Know!! Hwa masuk hospital ni."

  "Apa? Dia sakit ke, Mingi?"

  "Yunho kata pengsan. Aku nak ke sana ni, kau nak pergi tak bang? Kalau nak, aku ambil kau dekat rumah."

  "Bolehlah, aku tunggu kau."

  Panggilan dimatikan. Lee Know mengeluh kecil. Pesanan dihantarkan kepada Yeji, terpaksa membatalkan janji temu mereka. Dia sangka Yeji nak marah, tapi gadis itu sangat memahami. Malah Yeji pun nak ke hospital sama.

  Di hospital

  Diane tak henti-henti merisaukan keadaan Seonghwa. Tangannya terketar-ketar. Yunho sedar dengan perilaku Diane. Dia sebenarnya masih ragu dengan perempuan ini. Betul ke dia adalah Rosanne Lee? Atau Diane Lee yang bersembunyi?

  "Yunho." Lee Know tiba bersama Yeji dan Mingi. 

  Diane pandang Lee Know. Mujur dia pakai kaca mata hitam, jadi tak adalah Lee Know cam sangat muka dia. Lee Know pandang Diane sekilas, kemudian dia pandang Yunho lagi.

  "Apa jadi?" soal Mingi.

  "Dia kan demam, lepastu pagi ni ingat nak singgah jenguk dia. Tapi dia pengsan dekat dapur. Panggil tak menyahut, aku risau. Itu yang aku bawa ke sini. Demam dia teruk sangat agaknya." cerita Yunho.

  "Kalaulah Diane ada, mesti Seonghwa cepat sihat." Yeji bersuara sayu.

  Semua buat muka sedih. Tapi Yunho tidak. Dia pandang Rosanne Lee yang dari tadi hanya diamkan diri di atas kerusi menunggu. 

  "Anne, sini." panggil Yunho.

    Diane hanya akur, dia berjalan ke arah Yunho. Dia berdiri di sebelah Yunho, takut-takut nak pandang Lee Know, Mingi dan Yeji.

  "Ini Anne, jiran baru kami. Dia tolong bawa Hwa ke sini. Kereta aku rosak."

  "Ohh.. hi~" sapa mereka bertiga dengan senyum.

  Diane hanya senyum. "Rosanne Lee."

  "Lee Know. Ini Yeji, ini Mingi."

  Diane angguk saja. "Yunho, i need to go." Diane tak nak di sini lama-lama. Dia sebenarnya ada janji dengan San.

  Mujur lokasi perjumpaan mereka di sekitar sini sahaja. Tak adalah San bebel kalau dia lambat. Yunho angguk senyum.

  "Thanks, Anne."

  "No problem. Ada apa-apa, call." pesan Diane sebelum melangkah pergi.

  "Mana perempuan ni? Aku tunggu punyalah lama, tak sampai-sampai juga." bebel San.

  "Hello~" dia pandang suara itu.

  Diane baru sampai dengan gaya gediknya, San geleng kepala. Kerusi di hadapan San ditarik Diane, ambil tempat duduk. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Sejujurnya dia rimas nak kena menyamar macam ni.

The Unplanned WeddingWhere stories live. Discover now