Dari tadi Seonghwa sibuk ke hulu, ke hilir. Tuala basah diletakkan di atas dahi Diane, jujur dia risau. Mungkin kejadian semalam memberikan impak besar kepada Diane sehinggakan isterinya itu demam. Siapa yang tidak terkejut? Dia juga nak mati rasanya, apatah lagi Diane yang melaluinya sendiri.
Jujur dia menyesal membiarkan Diane bersendirian malam itu. Ego dia yang hampir meragut nyawa Diane. Lee Know hanya memandang gerak geri Seonghwa, duduk di sisi katil bersebelahan adiknya.
"Aku minta maaf, Lee Know. Aku gagal jaga adik kau."
"Budak ni bukannya mati. Hidup lagi. Kalau mati, kau pun aku bakar hidup-hidup."
Seonghwa senyum. Dia tahu Lee Know hanyalah bergurau, bukan betul pun. Gurauan si Lee Know ini memang kasar, tapi hatinya baik.
"Nasib baik jiran kau datang tolong. Tak selesai lagi kes rompak ni?"
"Mingi tengokkan CCTV tadi, diaorang tu pakai topeng. Tapi van dekat luar rumah tu dapat cam. Nanti polis buat operasi lah tu. Ni, haritu aku ada jumpa Wooyoung. Terserempak dekat depan mall."
"Naik darah aku dengar nama budak tu." Lee Know tahan emosi. "Ada dia cakap apa-apa?"
Pergerakan Seonghwa terhenti. Akhirnya dia geleng kepala.
"Dia ucap tahniah."
"Kau jangan percaya sangat apa yang keluar dari mulut dia tu. Tak habis-habis nak menipu kerja dia tu. Elok lah berkawan pula dengan Hyunjin. Memang sepadan. Dua-dua buat sakit hati aku." dalam fikiran Lee Know, sudah hancur dua manusia itu dipijaknya.
Seonghwa balas dengan senyum. Diane perlahan-lahan membuka kelopak matanya, puas sudah dia terbaring di atas katil ini. Lee Know lega, akhirnya bangun juga adiknya ini. Diane nampak saja begini, tapi manjanya jangan dibuat main. Apatah lagi bila tak sihat macam ni.
"Abang.. buat apa dekat sini?"
"Eh salah ke aku nak tengok adik aku? Bukan rumah orang lain, rumah adik ipar aku. Aku tidur sini dua hari, tolong Seonghwa jaga kau."
"Takde lah salah. Demam je, bukan apa pun." Diane balas dengan nada lemah.
Pandangannya beralih memandang Seonghwa. Seonghwa alih pandangan, cepat-cepat dia mengundur diri. Diane hanya mampu membiarkan suaminya berlalu pergi. Mesti Seonghwa masih marah dengannya.
"Kau gaduh ke?" Lee Know menyoal setelah Seonghwa menghilang.
Diane diam tak menjawab. Mahu dibasuh hebat oleh abangnya kalau dia jujur. Nak cakap apa? Dia masih tak dapat lupakan Wooyoung, dan Seonghwa dapat tahu pasal tu? Lepas tu Seonghwa merajuk dan Wooyoung pula ajak kahwin? Sumpah gila!
"Tak."
"Tsk, kau jangan nak menipu aku. Diane, aku tak nak masuk campur hal rumah tangga kau dengan Seonghwa. Tapi kau kena ingat. Dia suami kau. Jangan jadi isteri tak tahu diuntung."
Diam dia mendengar nasihat Lee Know. Isteri tak tahu diuntung. Itu kah dia?
San geleng kepala. Ada saja topik tak waras yang Wooyoung akan keluarkan dari mulutnya itu. Kalau bukan kawan, sudah lama dia sumpat Wooyoung ke dalam beg plastik, dihumban ke sungai. Biar tahu langit tinggi atau rendah.
"Tak cukup kau dah runtuhkan harapan Diane, sekarang nak runtuhkan rumah tangga dia pula? Kali ini apa habuan kau dapat?"
"Tak, kali ni aku serius. Kau tak nampak tadi betapa cantiknya Diane. Dia dah berubah, memang macam perempuan idaman aku. Cantik betul dia tadi, memang patut Seonghwa belagak dengan aku. Tapi benda tu tak lama, Diane mesti balik dekat aku punya." Wooyoung begitu yakin dengan kata-katanya.
YOU ARE READING
The Unplanned Wedding
FanfictionPark Seonghwa yang juga merupakan bekas kekasih Diane hadir ke perkahwinan hanya untuk memberikan ucapan tahniah. Namun siapa sangka, kehadirannya di situ merubah segalanya. Start : 31 May 2021 End : 20 Jun 2021