PROLOG

1.3K 41 6
                                    

" Sial punya lelaki tua! . Dasar cari maut! . Dah nak mati pun tidak habis-habis nak kacau hidup aku! " ujar Rayyen Cazaro dengan dingin.

" Aku akan pastikan keturunan engkau tiada satu pun yang hidup " ujarnya lagi sambil menggenggam gelas kaca yang berisi arak itu.

Mata Rayyen Cazaro beralih ke arah tiga orang yang berada di hadapannya yang sedang duduk melutut.

" Kau bagi tahu aku mana orang tua tu sekarang! " soal Rayyen Cazaro ambil memandang tajam ke tiga-tiga orang itu.

Rayyen Cazaro mencengkam rambut salah seorang dari mereka bertiga. Rambut lelaki itu di tarik lalu mukanya terangkat menghadap Rayyen Cazaro yang bengis itu.

" Mana orang tua tu !?" soalnya lagi. Lelaki yang dia mencengkam rambut itu menutup matanya kemudian dia menahan sakit di kepalanya.

" Aku takkan bagi tahu kau babi! " balas lelaki itu. Lelaki itu meludah ke arah muka Rayyen Cazaro. Lantas Rayyen Cazaro menolak kepala lelaki itu dengan sekuatnya.

" kurang ajar. " lantas dia mengeluarkan sepucuk pistol dari kocek belakang seluarnya.

BANG! tembakan itu tepat di kepala lelaki yang meludah mukanya. Pistolnya dilemparkan di permukaan lantai.

Salah seorang pengikut Rayyen Cazaro bangun dari duduknya kemudian dia mengerutkan dahinya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya ke arah Rayyen Cazaro.

" Rayyen! , Lelaki tua tu dah mati. Ada kumpulan mafia lain yang bunuh dia semalam. " ujar Zakuan dengan nada agak terkejut.

Rayyen Cazaro merengus geram " Sial! Sepatutnya dia mati di tangan aku! Bukan orang lain! . " balas Rayyen Cazaro . Rayyen Cazaro meraup wajahnya dengan tapak tangannya. Kemudian dia merengus geram.

" Zakuan, aku nak engkau cari maklumat pewaris Dato' Afendi Engwall tu " arahnya.

"Aku tak nak ada keturunan dia yang hidup." ujarnya sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

" Froy! Aku nak engkau settleKan tiga ekor setan ni! Aku tahu besok tiga ekor setan ni dah mampus" arahnya pada Froy sambil memandang tajam ke arah tiga orang lelaki itu.

Rayyen Cazaro bangun dari duduknya kemudian dia mengangkat kaki meninggalkan ruang bilik bawah tanah itu. Malas dia ingin membunuh lagi dua orang itu. Dia bukan menginginkan orang-orang Dato' Afendi Engwall, tetapi orang yang bunuh ayahnya dahulu.

Rayyen Cazaro berdiri di balkoni. Dia memandang sekitar rumah kawasannya. Sunyi .. Perasaan marahnya mula reda. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, kemudian dia menghela nafas dengan perlahan-lahan. Dia termenung. Lantas dia teringat kejadian 19 tahun yang lalu.

FLASHBACK ♡♡♡.....

Rayyen melihat ayahnya yang sedang melutut di hadapan seorang lelaki yang bernama Dato' Afendi Engwall .

" Rayyen. Mari sini ikut uncle Mikael " Panggilan dari Mikael Cazaro dengan nada yang perlahan. Pandangan Rayyen Cazaro beralih ke arah Pak Ciknya yang sedang berdiri di muka pintu bilik. Lantas Rayyen Cazaro berlari ke arah Pak Ciknya.

" Rayyen ikut Uncle . Kita keluar dari sini sama-sama. " arahnya sambil membawa Rayyen beredar dari situ melalui pintu keluar lain.

Pintu dikuak kemudian Mikael Cazaro keluar mendahului Rayyen untuk melihat keadaan sekitar itu selamat atau tidak.

" Jom keluar sini "

" Tapi uncle, papa macam mana? Uncle tak bantu papa ke? " soal Rayyen Cazaro sambil Menarik tangan Mikael Cazaro.

" Rayyen, papa Rayyen suruh uncle bawa Rayyen pergi dari sini. Tempat ni tak selamat. Ramai orang nak bunuh keluarga kita. " jelas Mikael Cazaro.

Khalid Cazaro memandang tajam ke arah Dato' Afendi Engwall yang sedang memandangnya.

" Buat apa kau datang sini sial!? " soal Dato' Khalid Cazaro dengan dingin.

" Aku datang untuk balas dendam lah bodoh!Engkau yang bunuh isteri aku" balas Dato' Afendi Engwall

"Aku akan bunuh engkau macam mana aku bunuh isteri kau " ujarnya sambil tersenyum sinis pada Dato' Khalid Cazaro.

" Engkau yang bunuh isteri aku , Afendi? " soal Dato' Khalid Cazaro.

" Ya. Memang aku yang bunuh isteri kau "

" Sial punya orang ! . " Khalid Cazaro merengus geram. Matanya memandang ke arah orang-orangnya yang telah mati.

" engkau kenal keluarga Cazaro? Aku takkan lepaskan engkau! Aku bersumpah yang aku akan balas dendam walaupun aku dah mati! " ujar Dato' Khalid Cazaro dengan dingin. Dato' Afendi Engwall mengacukan pistol di kepala Dato' Khalid Cazaro.

Dato' Khalid Cazaro memandang sepucuk pistol di hadapan matanya. Lantas dia merampas pistol itu lalu dia menembak pada lutut Dato' Afendi Engwall. Tembakan di lutut Dato' Afendi Engwall itu menyebabkannya terjatuh.

Dato' Khalid Cazaro memusingkan badannya menghadap orang-orang Dato'Afendi dan dia melepaskan berdas-das tembakan ke arah orang-orang Dato' Afendi Engwall. Badannya dipusingkan menghadap Dato' Afendi Engwall. Lalu dia mengacukan pistol di kepala Dato ' Afendi Engwall.

BANG!! Tembakan dari seorang pengikut Dato' Afendi Engwall tepat di kepala Dato' Khalid Cazaro. Lantas Dato' Khalid Cazaro jatuh terbaring dan menghembuskan nafas terakhir.

...............

" Papa, Rayyen janji, yang Rayyen akan hapuskan generasi Engwall. Rayyen takkan biarkan sorang pun hidup . Itu janji Rayyen pada papa. " ujarnya.

JANGAN LUPA KOMEN DAN VOTE

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now