BAB 5 [KACAU]

442 27 6
                                    

       "Rayyen!!  Cepat la.  Dah azan ni!" panggil Husna.  Panggilan itu menjadikan Rayyen semakin kegelisahan. 

       "Ya Allah.  Rayyen cepat lah. " ajaknya lagi. Kini dia berada di muka pintu bilik air.

       "Dah ambil wuduk belum?"

       Rayyen Cazaro menggeleng kepala.  Dia berbuat bersahaja. 

       "why?"

       "Husna . Boleh tak awak ajar saya macam mana nak ambil wuduk dengan solat?  Saya dah lama tak solat. Bolehkan?" pintanya.

       Sejujurnya Husna amat terkejut.  Tapi dia menahan riaksi wajahnya.  Dia tersenyum nipis. "Saya ajar , Awak buat ya" Rayyen Cazaro menangguk kepalanya.

        Lantas melangkah masuk dalam bilik air itu . " macam ni...." lantas Husna mengajar satu persatu cara mengambil wuduk. 

       "Okay..  Perfect" ujar Husna sambil melihat suaminya berbaju melayu. Rayyen Cazaro tersenyum bahagia  . Sungguh dia berasa tenang bila berada di sisi isterinya. 

       "awak ingat tak niat solat?"

       "ingat . Cuma surah tu yang pendek pendek ja yang saya hafal."

       "it's okay. Masa solat nanti,  awak bacalah surah yang awak ingat.  Paling penting surah Al-Fatihah tu jangan tinggal. Itu salah satu rukun solat. Faham?" Rayyen membalas dengan mengangguk kepala. 

       Selepas beberapa minit solat.  Mereka akhiri dengan salam. Kemudian mereka berdoa.  Doa diaminkan.  Sungguh tenang hati Rayyen Cazaro pada masa itu. Tidak pernah dia merasa tenang seperti ini. 

       "Mana Rayyen? Dah lama kita tunggu  dia ni " soal Kharul pada Harziq yang sedang menunggu di  meja makan.

       "Entah lah.  Tapi tadi aku lalu depan bilik dia aku terdengar macam ada orang berdoa tadi.  Macam suara Rayyen.  Solat kot"

       "Solat?" soal Khairul

       " uishh pak imam turun tangga " ujar Harziq. Lantas pandangan Khairul beralih ke arah Rayyen Cazaro yang berpakaian baju melayu dan berkain pelekat. 

       "Ehh...  Pak imam..  Masyaallah" ujar Khairul pula sambil menyalam tangan Rayyen Cazaro.  Rayyen Cazaro tergelak.  Husna pula hanya tersenyum. 

       "mimpi apa kau hari ni pakai baju melayu?" soal Harziq dengan berbisik.

      " Bini aku suruh."

     
~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

       "Mel!!  Jom la balik!!" ajak Selena. 

       " kejap lagi lah.  Aku tunggu Rayyen ni!! " balasnya dengan keadaan yang agak mabuk sedikit. 

       " are you sure Rayyen akan datang? "

       "Yes  , i'm very sure."

       "But , Rayyen kan dah ada isteri  takkan lah isteri di akan bagi Rayyen datang tempat macam ni?  Lagi-lagi nak jumpa kau . Lagipun,  dia dah lama tak jumpa kau kan.  So,  I think  dia  tak akan datang."

       " Shut up please!!  " Marah Melyana sambil membuat muka bengisnya. 

       "Hey sayang" sapa Rayyen Cazaro sambil melabuhkan punggung di sebelah Melayana.

       "sampai hati you curang dengan I. You dah janji nak kahwin dengan I. Bukan dengan perempuan kampung tu" ujarnya sambil memukul-mukul Rayyen Cazaro. 

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now