BAB 15 [MENGUSIK HATI]

287 20 6
                                    

"apa tu?" soal Husna pada Rayyen yang sedang membuka bekas makanan.

       "Sup ayam.  Awak nak?"

       "siapa masak?"

       "sayalah masak." balas Rayyen Cazaro.  Kemudian dia mengangkat keningnya.  Husna ketawa kecil .

       "Kenapa?"

       "saya macam tak percaya yang awak masak sup ayam ni.  Tah sedap ke tak" balas Husna.

       "Eh..  Belum rasa,  belum tahu. Saya ni pro tau bab-bab masak ni."

       "Ye la tu.  Sini saya rasa."

       "buka mulut." arah Rayyen Cazaro. 

       "tak pa,  biar saya suap sendiri."

       "no..  Buka mulut sekarang"

       Lantas Husna membuka mulutnya.  Rayyen menyuap makanan itu ke dalam mulut Husna.  Husna mengunyahnya.  Husna mengerutkan dahinya. 

       "Kenapa tawar abang?" soal Husna.  Kemudian Husna ketawa. 

       "tawar?  Ye ke?"

       "ya.  tawar." balas Husna seiring tawa manisnya. 

       "uiishh... Asal rasa air masak?" soal Rayyen Cazaro selepas dia merasai sup ayam itu. Husna melepaskan tawanya.

       "Ni ke di namakan  pro memasak?" soal Husna.

       "Hahaha" Rayyen Cazaro juga turut ketawa. 

       "Suka eh ketawakan abang?" soal Rayyen Cazaro sambil memandang isterinya yang masih ketawa. 

       "Lain kali jangan belagak."

       "alah,  terlupa letak garam je.  Kalau letak garam,  mesti masakan abang paling sedap di dunia ni tau" ujar Rayyen Cazaro.

       " in your dream " balas Husna. 

       "amboi,  apa yang di suka sangat tu?" soal Khairul yang baru saja tiba di situ. 

       "Ni ha Rayyen masak sup ayam lepas tu lupa letak garam." balas Husna. 

       "Hahahha.  Rayyen memang macam tu.  Kalau masak tu,  ada je yang dia lupa letak.  Hahah" ujar Khairul. 

       "banyaknya buah,  untuk aku ke?" soal Rayyen Cazaro sambil memandang bakul buah-buahan yang di pegang oleh Khairul. 

       "Ni bukan untuk kau,  ni untuk bestfriend aku " balas Khairul sambil menghulurkan bakul buah pada Husna. 

       "Ouh,  pandai eh sorokkan hubungan korang berdua. Diam diam rupanya dah jadi bestfriend. " ujar Rayyen Cazaro. 

      "itulah abang , sibuk sangat dengan kerja.  Sampaikan bini berkawan baik dengan siapa pun tak tahu. " ujar Husna pula. 

       "Higuys!! " sapa Zakuan sambil menuju ke arah Husna,  Rayyen Cazaro dan Khairul. Harziq juga turut mengikuti langkah Zakuan. 

       "Hi " balas Husna dan Khairul. Rayyen Cazaro sekadar pandang sahaja. 

       "Husna, dah okay?" soal Zakuan.

       "alhamdulillah, sihat."

       "bila boleh balik?" soal Harziq

       "Hari ni dah boleh balik."

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now