[PENGAKHIRAN-2]

502 18 4
                                    

     Afendi Zaloza memandang Husna dengan penuh perasaan sayu.Sedih! Afendi Zaloza menuju kearah anaknya kemudian dia memeluk tubuh Husna."i'm sorry sayang" ujar Afendi Zaloza sambil mengalirkan air mata kerinduannya.

     "mana daddy pergi? kenapa tinggalkan Husna dengan Makcik?" soal Husna pada ayahnya, Afendi Zaloza  sambil menitiskan air mata kesedihan dan kerinduannya terhadap ayahnya. Sungguh dia tidak tahu ingin mengatakan apa-apa lagi. Hanya menangis shingga teresak-esak sahaja yang mampu disuarakan.

     "daddy minta maaf, sayang. Daddy terpaksa . Ni semua untuk keselamatan Husna." jawab Afendi Zaloza.Rayyen Cazaro  terasa bersalah terhadap isteri, ayah mertuanya dan kawannya, Khairul.

     "sayang, abang minta maaf sebab buruk sangka pada awak.Saya betul-betul nak minta maaf." ujar Rayyen Cazaro sambil menghampiri isteri dan ayah mertuanya.

     "tak pa. Husna faham. " jawab Husna.

     "Rayyen, sekarang ni, ada misi besar yang kita perlu selesaikan. Ada orang kamu yang khianat kamu." ujar Afendi Zaloza.

    "orang Rayyen?" soal Rayyen Cazaro. Harziq mula melangkah kebelakang.

    Afendi Zaloza memandang tajam kearah Harziq . Terus langkah Harziq terhenti. "Harziq Kazrul." balas Afendi Zaloza.  Terus Harziq melangkah keluar menghilangkan diri. Lantas kesemua anak-anak buah Rayyen Cazaro dan Afendi Zaloza kejar Harziq.

     Harziq berlari sekuatnya. Sesekali dia menembak orang dibelakangnya.

     BANG!! tembakan dari salah seorang pengawal rumah Rayyen Cazaro dan tembakan itu tepat terkena betis Harziq. Rayyen Cazaro terus mendapatkan Harziq.

     "lepaslah!" pinta Harziq pada Rayyen Cazaro yang sedang mencengkam kolar bajunya kemudian ditumbuk muka Harziq . HArziq terjatuh kemudian Rayyen Cazaro terus sambung menumbuk di muka Harziq sehingga berdarah bibir dan disebelah matanya.

     "Rayyen, jangan!" pinta Husna.

     Rayyen Cazaro menghiraukan kata-kata Husna. Apa yang difikirkan sekarang adalah untuk memusakan hatinya kerana disebabkan Harziq lah, keluarganya menjadi huru hara. Husna tidak sanggup melihat perkara itu. Sungguh dia tidak suka akan melihat suaminya berbuat sedemikian.

     "Rayyen!"panggil Husna lagi. Afendi Zaloza mendapatkan Husna dan dibawa Husna kepelukannya. Dia tidak mahu Husna meIihat itu. Sungguh dia tidah mahu Husna trauma atau rasa takut pada Rayyen.

     "aku percaya pada kau, tapi kau khianat aku!" ujar Rayyen Cazaro sambil terus mnumbuk Harziq. Seketika Rayyen Cazaro mengeluarkan sebilah pisau kecil yang di selitkan dan dia menikam ke arah muka Harziq. Harziq sempat menahan dengan kudrat yang ada.

     "kau fikir dendam kau, tapi kau tak fikir mana keadilan aku!.Kau fikir, kau sorang je yang hilang orang yang kau sayang! huh! Mak Bapak aku!? Bapak kau yang bunuh! Kau lupa?!" ujar Harziq pula sambil menahan sakit di dadanya kerana mata pisau sudah mencucuk dadanya sedikit.Harziq gagahkan dirinya menolak Rayyen Cazaro sekuatnya sehingga Rayyen jatuh kebelakang manakala Harziq pula terus bangun dari jatuhnya. 

     Froy, Zakuan dan Khairul sudah melangkah satu kehadapan dengan mengacukan pistol." yang lain, jangan masuk campur! ni urusn aku dengan dia" Pinta Rayyen Cazaro.

     "dari aku kecil aku jadi hamba bapak kau. Keluarga Setan!"sambung Harziq.

     "jangan hina keluarga aku sail!!" ujar Rayyen Cazaro sambil kearah Harziq kemudian pisau yang dipegang tercucuk pada perut Harziq. Harziq terdiam. Terasa darah mengalir keluar. Harziq terjatuh setelah Rayyen Cazaro menolaknya. 

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now