BAB 16 [HONEYMOON]

278 20 4
                                    

       "Mana Rayyen ? " soal Khairul pada Zakuan , Harziq dan Froy.

       "Entah. Biar la dia nak spend time dengan isteri dia. Lagipun sebelum ni aku tengok dia macam tak pernah serapat dengan Husna yang aku pernah nampak hari ni." balas Harziq.

       "Betul la tu." sokong Froy.

       "Aku tak sangka pula Rayyen Cazaro dah berubah menjadi lelaki yang baik." ujar Zakuan .

       "ye la wieh. Rayyen tu, ego kot . Kaki perempuan jangan cakap la, setiap minggu ada je perempuan dia bawa balik. kaki botol pun ya juga. And now semuanya berubah dengan sekelip mata selepas Husna menghiasi segenap ruang hati Mr. Mafia Rayyen Cazaro. " sokong Froy.

       " Perggghh ayat kau. Gramatis betul. " ujar Khairul.

       "cakap pasal perempuan kan, tadi aku terserempak dengan sekumpulan perempuan. Semua cantik-cantik. Tak puas pula aku pandang diorang semua " ujar Froy.

       " mana? " soal Zakuan.

       " Nanti malam kita cari. Aku pasti diorang pun baru sampai. " balas Froy.

       " Siapa nak join? "soal Froy.

       " Aku okay ja" balas Zakuan. Diikuti dengan Harziq.

       " kau? " soal Froy sambil memandang Khairul.

       " Aku tak naklah. Aku dah insaf. " balas Khairul.

       "Eleh, insaf konon. Kenapa? Dah ada calon isteri ke? " soal Froy. Zakuan dan Harziq ketawa.

       " ada tu ada. Tapi aku tak tahu la dia suka aku ke tidak. "

       " Cantik? " soal Zakuan.

       " Cantik. Tasya , kawan baik Husna " balas Khairul. Sekilas itu dia mengangkat keningnya.

       " Minah tu? Minah sombong, garang, kasar tu juga yang kau nak? Dia tu dah meluat tahu tak dengan kau " balas Zakuan setelah dia mengingati pertama kali mereka berdua jejak ke cafe tempat kerja Tasya dan Husna.

       " Kenapa ? Salahkah? Aku akan pastikan, dia akan mencintai aku suatu hari nanti . Aku akan goda dia selagi aku tak dapat dia "

        " Kamelia macam mana? Aku tengok dia tu macam suka dekat kau ja ?" soal Froy.

       " Mana ada. Aku anggap dia tu kawan aku je. Tak lebih pun. "

       " macam mana kalau Kamelia tu suka kau? Apa kau buat? " soal Harziq.

      " Nak buat apa? Buat tak tahu je lah. Siapa suruh minat orang lepastu tak luahkan. Ada aku kesah " balas selamba Khairul.

       " Mesti dia sedih kan kalau dia dengar kau cakap macam ni. Malang betul siapa yang berharap pada kau " ujar Harziq lagi.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

      
        " Abang, lama lagi ke? " soal Husna sambil berdiri di hadapan pint bilik air.

       " Kenapa sayang? " soal Rayyen Cazaro sambil membasahkan rambutnya.

       " Sayang nak guna tandas. " balas Husna.

PAK!! pintu di tolak kasar oleh Rayyen Cazaro kemudian dia menarik tangan Husna. Kini Husna di dakapannya. Jantungnya berdebar-debar. Matanya menatap mata Rayyen Cazaro .

       " Kenapa? " soal Rayyen Cazaro.

       " sa.. Saya nak guna tandas. " balas Husna dengan tergagap. Pelukan itu semakin erat . Tidak mampu lagi Husna menahan debaran di hatinya. Dia berasa sangat cemas.

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now