BAB 12[RUSIA-MARCHO SILLO]

310 22 3
                                    

"Husna!!! " panggilan dari Khairul itu memecahkan kesunyian rumah banglo tiga tingkat itu. 

       Lantas Husna yang baru sahaja selesai solat asar itu terus menuju ke arah ruang tamu.  telekungnya masih lagi dikepalanya.

      "Macam mana awak boleh masuk? " soal Husna dengan pelik.

      "Saya ada kunci rumah ni.  Tadi saya panggil awak,  tapi awak tak jawab. Tu yang saya masuk je" jelas Khairul. 

       "Ouh.. ada apa awak datang sini,  Khairul?" soal Husna.

      "Saya nak bagi tahu besok saya akan bawa awak pergi Rusia.  Rayyen dah pergi dulu tadi.  Besok sebelum pukul 9 pagi,  saya ambil awak.  "

       "Kalau saya tak nak pergi boleh?" soal Husna. 

       "Kenapa?"

       "Saya tak nak la kacau Rayyen dekat sana." balas Husna. 

       "Apapun,  awak mesti tanya Rayyen.  Sebab Rayyen memang arahkan saya bawa awak ke Rusia."

       "Tak boleh ke kalau awak sendiri cakap dengan Rayyen yang saya tak nak pergi?" soal Husna. 

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

       "Macam mana boleh jadi macam ni? " soal Rayyen Cazaro sambil memandang sekelilingnya yang bersepah tunggang-langgang.

       "Kami tak tahu boss. Semalam saya dengan Zack saja ronda sini.  Tiba-tiba ada sekumpulan samseng ni datang serang kami.  Saya rasa la,  ni mesti kerja si Marcho Sillo." ujar salah seorang anak buah Rayyen Cazaro .

       "Tulah.  Saya pun rasa macam tu.  Sebab dekat  lengan diorang ada tatu  naga.  Anak buah Marcho Sillo je yang ada tatu naga." sokong Zack yang tangannya berbalut .

       "Diorang ni dah melampau. Sial!! "  rontaknya sambil menyepak meja. Kemudian tangannya membaling pisau ke arah gambar Marcho Sillo yang terletak di cardboard.  

       "Apa lagi diorang nak dari aku huh?!!" soal Rayyen Cazaro dengan dingin.

       "Habis tempat aku di serang.  Memang cari maut betul la." sambungnya lagi. 

       "Harziq, malam ni kita pergi tempat orang sial tu. Aku nak kau  siapkan orang-orang kita." arahnya. 

     "okay.  Kau nak berapa orang?" soal Harziq.

       "Aku nak 15 orang . Pukul 12 malam,  kita gerak.  Aku tak nak sorang pun lambat.  Siapa lambat , aku bunuh." balasnya.  Harziq dan Zakuan hanya mengangguk kepala. 

       "Tunggu apa lagi?  Pergi siap!!  " soal Harziq pada anak buah Rayyen Cazaro.  Lantas orang-orang Rayyen Cazaro mengangkat kaki meninggalkan ruang markas itu. 

       "Zakuan,  aku nak kau siapkan senjata kita untuk malam ni. " arahnya sambil memandang tajam kepingan gambar Marcho Sillo .

      "tak da hal.  Boleh je aku buat.  Memang kerja aku kan pasal senjata ni." balas Zakuan sambil bangun dari duduknya.

       Rayyen Cazaro merebahkan dirinya di atas kerusi. Mata di pejam.  Keluhan penat di lepaskan. 

       TUK!  TUK!  TUK!  bunyi ketukan pintu.  Lantas Rayyen Cazaro membuka matanya.  Mikael Cazaro melangkah masuk ke dalam markas itu. 

       "Bila uncle sampai?" soal Rayyen Cazaro. 

       "Baru saja.  Rayyen tak perasan ke yang uncle dalam kapal terbang yang sama dengan Rayyen? Rayyen ambil  First Class right?" soal Mikael Cazaro. 

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now