BAB 20[KEBENARAN]

352 19 1
                                    

       "Khairul, betul ke yang korang semua ni mafia?" soal Husna dengan wajah yang sedikit ketakutan. Tiada jawapan. Khairul masih senyap. Husna memandang Khairul dengan penuh perasaan geram.

       "jawablah! Betul ke apa yang lelaki tadi tu cakap?!"soalnya dengan nada yang tinggi. Sudah naik angin Husna pada ketika itu. Khairul tetap diam membisu.

       "kenapa diam?!" soal Husna sambil menangis.

       "Husna" panggil Rayyen Cazaro. Rayyen Cazaro berlari ke arah Husna. Baru sahaja dia ingin memegang tangan isterinya itu, Husna sudah menepis kasar.

"baik awak mengaku sekarang. Betul ke tak yang awak ni mafia?" soal Husna.

Rayyen Cazaro terdiam. Dia tidak tahu ingin membalas apa. Dia takut jikalau Husna lari darinya.

"cakaplah!"

"sayang..."panggilnya sambil mencuba untuk memegang tangan isterinya.

"saya suruh awak jawab soalan saya tadi. Bukan pujuk saya." ujar Husna.

"okay fine.. Betul la apa yang lelaki tadi tu cakap yang sebenarnya korang semua ni mafia. Tapi kenapa, kenapa tak bagi tahu saya? Kenapa perlu sorokkan? Awak tahu tak yang sekarang ni saya rasa dah tak boleh nak percayakan sesiapa dah." ujarnya sambil memandang suaminya yang sedang hampirinya.

Rayyen Cazaro memeluk Husna lalu dia berkata "I'm sorry, sayang. Saya tak nak bagi tahu awak sebab saya takut kalau awak akan tinggalkan saya. Saya sayang sangat dekat awak."

"kalau saya tahu yang awak ni mafia, saya tak akan kahwin lah dengan awak!" ujar Husna lagi sambil menolak Rayyen Cazaro.

Rayyen Cazaro hampiri Husna kembali kemudian dia memeluk.

"Awak tengok, apa yang dah terjadi pada diri saya" ujar Husna lagi. Rayyen Cazaro Menyuntik Husna di belakang badan Husna agar Husna bertenang.

Husna semakin lemah dan penglihatannya juga makin kabur. Sungguh dia tidak berdaya. Akhirnya dia pingsan di dalam dakapan Rayyen Cazaro.

2 JAM KEMUDIAN.....

       "Sayang " panggil Rayyen Cazaro. Husna yang masih belum melelapkan matanya itu memandang Rayyen Cazaro.

       "Awak tak rasa jijik ke dengan saya?" soal Husna pada Rayyen Cazaro. Rayyen merapatkan dirinya pada Husna. Husna memandang ke arah lain.

       "Tak. Buat apa saya nak jijik dengan awak sedangkan semua tu berlaku di sebabkan kecuaian saya?. Saya okay je." balas Rayyen Cazaro. Dahi isterinya itu di cium lembut.

       "saya minta maaf atas perkara buruk yang berlaku tadi. Tapi, kenapa awak tak jujur dengan saya? Susah sangat ke nak bagi tahu saya?" soalnya dengan tenang.

       "tak perlu minta maaf." pertanyaan Husma tidak di balas.

       "Lepas ni, awak nak pergi kerja lagi ke?" soal Rayyen Cazaro.

      "Entah la. Sekarang ni saya rasa macam sentiasa terancam. Saya takut nak keluar. Nak tinggal dekat rumah pun rasa macam takut." balas Husna.

       "Kalau macam tu, ikut abang pergi kerja nak?"

      "Tak pe lah. Zakuan ada kan. Kalau saya ikut awak pun, saya duduk je. Bukan boleh buat apa. Biar la saya tinggal dekat rumah. Saya nak tenangkan fikiran." Husna bertimbal balas.

       "Kalau macam tu, duduk lah dekat rumah. Nanti abang carikan lagi orang untuk jaga kawasan rumah ni."

       Husna hanya mendengarkan sahaja sambil termenung memandang luar. Bukan dia tidak mahu memandang suaminya,  tetapi dia rasa menyampah dan marah. Lebih elok dia memandang tempat lain. 

DENDAM MAFIAWhere stories live. Discover now