Ting! Ting! Ting!
Loceng berbunyi tiga kali ketika pintu masuk ke kedai itu ditolak tangannya.
Langkah Delaila menuju sebuah meja kosong. Kerusi ditarik lantas punggung dilabuhkan. Matanya meliar melihat ke sekeliling, mencari pelayan untuk ambil pesan makanan yang dia inginkan.
"Mahu pesan apa, cik?" Tanya seorang pelayan yang berada di kaunter. Tidak jauh dari duduknya Delaila.
Dia sedar gadis cantik itu kelihatan mencari seseorang untuk mengambil pesanan, tetapi hari ini kedai mereka kekurangan pekerja.
"Berikan aku sepotong roti dan juga kopi panas ya." Pesan Delaila ringkas.
Perutnya agak lapar. Semalam, dia hanya menjamah daging rusa bakar sewaktu perjalanan siang ke desa ini. Sebelah malam, dia tidak menjamah walau sebarang makanan.
"Roti potong dan kopi panas satu! Untuk gadis di meja depan ini ya!" Teriak gadis di kaunter itu pada tukang masak yang sibuk di bahagian dapur.
"Okey, siap!" Balas orang dari sebalik dapur.
Betul seperti dikata, sepotong roti dan kopi panas yang diminta Delaila, sudah tiba di depan mata. Dihantar seorang pekerja dapur.
"Selamat menjamu selera."
Delaila angguk sebelum menikmatinya secara perlahan. Dia tidak merancang untuk ke mana-mana, jadi tidak perlu terlalu bergegas.
Sedang ketika dia menghabiskan roti sebagai sarapan, perhatiannya teralih bila kedai itu dimasuki oleh dua orang lelaki dengan suara yang kuat. Entah mengarut perkataan apa, Delaila tidak ambil pusing. Dia hanya sekadar mahu melihat gerangan perosak suasana itu.
Habis menelan sepotong roti, Delaila menghirup pula kopi panasnya dengan perlahan. Tetapi, ketenangannya dikala itu terganggu ketika seorang daripada lelaki berkenaan mencampakkan satu uncang kecil berisi syiling ke atas meja.
"Cukup untuk 1 jam?" Lelaki itu menyoal sambil terus duduk di bangku hadapan. Bibirnya koyak senyum senget saat dia melihat muka perempuan yang sedang bersendirian ini.
Cantik jelita! Dari bentuk tubuhnya pun, Saka sudah tahu perempuan ini cantik tanpa dia terus melihat muka.
Entah siapa pemilik perempuan ini, dia tidak tahu. Mungkin pelacur, atau pun... mungkin hamba seseorang yang telah terlepas kerana melarikan diri.
Hanya dua kemungkinan itu.
Sisipan air kopinya terhenti. Mata Delaila meneliti sekilas ke wajah si lelaki. Hodoh. Dengan parut yang merata di wajah.
"1 jam atau 1 minit?" Soal rakan lelaki itu seraya ketawa besar. Sedang mengejek kemampuan rakannya itu.
"Come on, Yash. Ini aku, Saka. Macam kau tak tahu performance aku. Sudah berapa banyak perempuan aku tiduri, hampir semuanya akan datang untuk merayu aku semula." Kata Saka yang berbangga diri.
"Ya, ya, ya... kau memang juara di atas ranjang." Yash, menepuk-nepuk tangan di bahu sang teman.
Delaila meletakkan gelas kopi di meja. Enggan melayan dua lelaki bodoh itu. Dia segera bangun dan berura untuk pergi, sebelum lelaki itu menyambar pergelangan tangannya.
"Mari ikut aku, si cantik. Tak elok jikalau kau menolak sesudah aku memberimu bayaran." Kata Saka dengan riak serius.
Tiga hari yang lalu, dia sudah meniduri dua orang perempuan hasil perjudian. Hari ni, dia ingin lagi. Sungguh, dia jadi ketagih dengan rasa berlainan wanita!
"Lepas!" Satu patah saja perkataan dari bibir Delaila yang terdengar keras!
"Kau dengar itu, Saka? Suaranya juga sungguh lunak. Apatah lagi badannya. Siapalah pemilik si cantik manis ini, ya? Jarang sekali cantik begini tidak punya tuan." Ujar rakan lelaki bernama Saka, yang nampak galak memecah tawa.

ANDA SEDANG MEMBACA
IMMORTAL DELAILA: THE DUCHESS OF ACE
PertualanganBismillah. . Yang mulia itu, dia. Yang marhain itu, aku. Yang kaya itu, dia. Yang miskin itu, aku. Tapi, Yang lemah itu, dia. Yang kuat itu, aku. Yang takut itu, dia. Yang berani itu, aku. . . Kata orang, setiap pasangan itu saling melengkapi. Tak s...