"Nak buat apa?"
Salleh, yang berdiri di pintu pagar, terus peluk tubuh. Matanya ralit merenung Syam yang macam tidak cukup tidur.
"Ada tak?" soal Syam.
"Ada je. Dalam bilik. Tiba-tiba je minta, ada apa-apa dah jadi ke?"
Syam terus garu kepala.
(...)
-Petang Semalam-
Bungkusan plastik berisi kotak itu dibawa masuk ke rumah. Lelaki yang membawa kotak itu hanya senyum simpul, lalu meletakkannya di atas meja ruang tamu.
"Apa benda kau beli tu, Syam?" Syafiq, yang baru keluar dari tandas, terus menegur. Syam tidak membalas, sebaliknya mengeluarkan barang dari dalam kotak itu. Dibelek-belek barang itu buat seketika.
"Ha. Jumpa pun tempat letak bateri."
Dengan segera ruang bateri dibuka, lalu dia memasang bateri yang dibeli bersama-sama barang itu. Suis kemudian ditekan, lalu barang itu diletakkan di atas meja.
"Hai."
"Ai!" Barang itu membalas, seakan mengajuk. Siap bergerak lagi.
"Hai!"
"Ai!" Barang itu bergerak lagi.
"Hehehe."
"Heeheehee."
Syafiq hanya menggeleng sambil melihat barang itu bergerak tergedik-gedik, mengajuk kata-kata Syam. Izwan yang berdiri di tangga, baru sahaja turun dari tingkat atas pula tergelak kecil melihat gelagat Syam itu.
"Dah tak ada kerja ke, pergi beli mainan kaktus gedik ni?" Syafiq mengeluh.
"Oh?" Syam toleh belakang. "Bila masa kau ada di belakang aku?"
Syafiq hanya angkat kening. Sedikit geram kerana Syam baru sahaja menyedari kewujudannya di situ. "Tu. Kaktus tu. Kenapa tiba-tiba je beli?" Bibirnya dijuih ke arah mainan kaktus di atas meja itu.
"Ni hadiah untuk Ayuni. Saja test. Kalau rosak, sempat nak pergi tukar," jelas Syam.
"Tapi minggu lepas kau baru je hantar hadiah teddy bear besar pada Ayuni. Bagi hadiah lagi?" Izwan bertanya pula.
Syam terdiam sebentar. Dia kemudian sengih. "Ala. Adik seorang je kan. Apa salahnya?" Dia kemudian terus ke biliknya, membawa bersama kaktus mainan itu.
Syafiq terus senyum. "Hm... Sejak dia dah berbaik dengan adik dia tu, selalu je belikan hadiah untuk dia."
(...)
Aku beli sebab comel. Ingatkan nak bagi Ayuni, tapi lupa dah bagi bear hari tu. Jadi, aku simpan dulu. - Aron.
Syam mengeluh lemah apabila menyedari nota yang terlekat di atas meja, bersebelahan kaktus mainan itu, sebaik saja bangun tidur. Kaktus mainan itu diperhati lama. Dia kemudian pandang ke arah tingkap. Langit berubah warna dari biru ke jingga, menandakan senja sudah tiba.
"Berapa ringgit harga kaktus tu? Aron ni, suka sangat membazir," rungut Syam perlahan.
Lantas dia bangun dari kerusi, mencapai tuala yang tergantung di belakang pintu. Entah mengapa badannya terasa melekit.
(...)
Malam menjelang. Bunyi guruh sayup-sayup kedengaran. Seluruh rumah sudah gelap, para penghuni kebanyakkannya diulit lena.
YOU ARE READING
Fiksyen COVID19
Short StoryIni hanya selonggok cerita rawak yang terlintas dalam kepala sewaktu musim lockout a.k.a Perintah Kawalan Pergerakan. Mungkin ada yang merapu, harap maaf. 😅