Estorie - Sabotaj

55 2 6
                                    

Pintu tandas bilik itu diketuk buat kesekian kalinya. Penghuni di dalam masih senyap. Dua jejaka di hadapan pintu tandas itu saling berpandangan.

"Dah lebih sejam. Kau rasa dia okey tak?"

"Entahlah, Safuan. Tak ada respon."

Seorang lelaki berjalan masuk ke dalam bilik itu. Wajahnya tampak resah. "La, dia masih tak keluar jamban lagi ke, Bray?"

"Belum, Salleh." Bray, lelaki yang mengetuk pintu tandas tadi hanya mengeluh lemah.

Salleh terus duduk di sebuah kerusi tidak jauh dari situ. "Rasanya kena bawa Andi pergi hospital la. Sedu dia langsung tak berhenti sejak sejam lepas. Buntu nak buat macam mana lagi dah."

Syafiq, yang berbau minyak angin, menjenguk ke dalam bilik itu. Dia sedikit tercengang apabila melihat keberadaan tiga manusia di situ. "Aik, ramainya."

"Sebab dalam jamban tu ada orang tak sihat," kata Safuan pula, sedang memeluk tubuh sambil bersandar di dinding bersebelahan pintu tandas.

"Eh? Syam tak sihat? Demam aku dah surut sikit, dia pula sambung sakit?"

"Syafiq," kata Salleh. "Tahu tak apa yang dah jadi pada diorang ni sebenarnya?"

"Aku tak tahu sangat sebenarnya. Balik klinik je, aku terus rehat dalam bilik sebab demam. Tapi selesema dan batuk tak ada pula. Kan cuaca tak menentu sekarang ni?"

Bray, Safuan dan Salleh sama-sama mengeluh.

"Tapi..."

"Tapi?"

(...)

4 jam sebelumnya

Seseorang berlari tidak cukup tanah, terus masuk ke dalam rumah lalu menutup pintu utama dengan kuat. Dia bersandar di belakang pintu itu, nafasnya kurang teratur. Sayup-sayup kedengaran suara pengumuman dari van Kementerian Kesihatan Malaysia di luar.

"Apahal kau ni, Andi?" Izwan, yang duduk di sofa terkejut dengan tindakan jejaka itu.

"Tadi pergi jogging. Ada van tiba-tiba je muncul, kejar dari belakang," jelas Andi yang masih termengah-mengah. Izwan terus tepuk dahi.

"Kau tak tahu ke?"

"Tahu apa?"

"Kan tengah PKP sekarang ni? Mana boleh jogging? Keluar rumah tak ada sebab pun tak boleh," jelas Izwan.

"PKP? Apa tu?"

"Perintah Kawalan Pergerakan. Senang cakap, lockout la. Hanya boleh keluar rumah kalau ada urusan penting macam nak beli barang dapur, atau nak pergi hospital. Kalau keluar saja-saja, kena denda."

"Hah? Apasal aku tak tahu?"

Izwan pandang Andi semacam. "Kan dah umum Isnin lepas? Dah tiga hari PKP ni dibuat. Kau juga yang explain apa bendanya PKP ni hari tu. Dan, apahal tiba-tiba guna 'aku' ni?"

Andi terus bungkam. Dia kemudian sengih. "Er... Lupa pula."

Izwan hanya menggeleng lemah.

"Aku dah siap. Jom," suara seseorang di tangga mengejutkan mereka berdua. Kelihatan Syafiq menuruni tangga lambat-lambat, seakan-akan seorang warga emas. Aroma minyak angin yang kuat menyapa deria bau masing-masing.

Izwan terus bangun dari sofa dan terus menghampiri Syafiq.

"Kad pesakit luar dengan IC ada je kan?" Izwan bertanya, memapah Syafiq ke arah sofa. Syafiq hanya mengangguk sambil menunjukkan beg sandang hiking bersaiz kecil yang dibawa bersama.

Fiksyen COVID19Where stories live. Discover now