"Laily!"
Pintu bilik terbuka dengan kasar. Terkejut penghuni bilik itu dibuatnya.
Gadis Cina berambut perang gelap yang merempuh masuk ke dalam bilik itu pula melihat ke arah isi bilik itu. Hanya ada seorang gadis Melayu bercermin mata, sedang membaca buku di atas katilnya, di dalam bilik itu.
"Eh, Huda. Sorry ganggu. Laily mana?"
Huda terus angkat sebelah kening. Dia kemudian hela nafas lemah.
"Hisy, awak ni, Yvonne. Laily tak ada. Dia keluar kejap dengan Kak Dija, ambil makanan untuk satu blok ni di Canseleri."
Sepanjang musim PKP ini, para pelajar di KST tidak dibenarkan keluar dari kawasan kampus. Keluar asrama tanpa sebab pun tidak boleh. Yang dibenarkan hanya untuk hal penting seperti membeli barang keperluan di koperasi, sidai pakaian yang baru dibasuh dan buang sampah.
Kafe pula tutup sepanjang PKP berjalan. Mujur juga pihak pengurusan kolej menaja makan minum para penghuni di asrama KST secara percuma. Makanannya pula sangat sedap, macam susah hendak percaya jika dinyatakan 'harga' makanan itu RM4.50 setiap satu, termasuk air.
Yvonne - gadis yang merempuh masuk ke dalam bilik Huda tadi, terus sengih.
"Lama ke dia keluar?"
Huda lihat jam di atas meja. "Dalam 10 minit lepas."
Yvonne mengeluh. Huda pula menutup buku yang sedang dibaca lalu berpusing menghadap Yvonne.
"Apa lagi awak nak cabar dia kali ni, Yvonne?"
Yvonne terkejut. "Mana tahu?"
"Bukan tu je ke tujuan awak nak jumpa dia sangat-sangat? Cabar naik roller coaster la, lawan main badminton la, lawan main game Dance Revolution la, cabar markah tertinggi dalam test la..."
Yvonne garu kepala sambil sengih. "Ei, yang test tu, saya cabar Dahlia juga la. Bukan Laily seorang je."
Huda hanya menggeleng lemah.
Dahlia, rakan sebilik Yvonne, juga salah seorang pelajar terbaik akademik di Jabatan Alam Bina KST. Memang salah oranglah kalau mahu cabar dia dalam hal akademik. Pada ujian baru-baru ini, Yvonne dapat markah terendah di antara mereka bertiga - beza 15 markah. Laily pula kurang dua markah dari Dahlia, yang mana dia dapat skor penuh.
"Agak-agak bila dia balik ya?" Yvonne bertanya lagi, ada nada teruja dalam suaranya.
"Buat apa nak tahu?"
Yvonne sengih sambil menunjukkan barang yang dipegang di tangannya sejak tadi - mi segera cawan Mamee Ghost Pepper.
"Saya nak cabar dia makan ni!"
Huda terus tepuk dahi. "Seriously?"
(...)
Bungkusan makanan dibawa keluar dari but kereta Kak Dija ke gazebo berhadapan asrama. Laily mengesat peluh yang merenik di dahi. Boleh tahan banyak juga nasi ini. Sudahlah hanya dua orang wakil saja dibenarkan hadir mengambil makanan untuk setiap blok.
Kak Dija yang kepenatan terus duduk di gazebo. "Laily, nanti panggilkan semua orang, makanan tengah hari dah sampai."
Laily angguk perlahan. "Saya pergi tandas dululah, boleh?"
Kak Dija mengangguk.
Laily terus masuk ke dalam blok asrama, langkahnya laju menuju ke arah tandas di hujung koridor. Telefonnya yang berada di dalam saku seluar tiba-tiba berbunyi. Lantas, telefon dibawa keluar, nama pemanggil diteliti.
YOU ARE READING
Fiksyen COVID19
Short StoryIni hanya selonggok cerita rawak yang terlintas dalam kepala sewaktu musim lockout a.k.a Perintah Kawalan Pergerakan. Mungkin ada yang merapu, harap maaf. 😅