𝙰𝙽𝙳𝙰𝙸 𝙻𝚄𝙺𝙰 𝙼𝙰𝙼𝙿𝚄 𝙱𝙸𝙲𝙰𝚁𝙰
-𝙰𝙸𝙽𝙰𝙽
"Kak Mia, akak rasa sesuai tak warna ni dengan Sha?" Ayesha membelek penampilannya dicermin.
"Cantik dah sayang oii, cepat turun takut kawan kamu dah tunggu." Ayesha memang cantik sekalipun jika hanya mengenakan tudung sarung dan t-shirt biasa.
"Tapi macam tak sesuai je warna ni." Dah kalau namanya perempuan, semuanya tak kena selagi tak jalan.
"Sayang, cantik dah tu. Lagi pun kamu kan tukar baju kat sana nanti. Dah shuh shuh." Halau Damia.
"Erk pergi dulu kak, jaga diri tau. Assalammualaikum." Ayesha menapak keluar dari rumah sewanya apabila terlihat sebuah kereta yang berhenti dihadapan rumahnya.
Fawaz menapak keluar dari kereta untuk membuka pintu kereta dan menyambut barangan gadis itu.
"Assalammualaikum." Ucap Fawaz tanpa menoleh ke arah Ayesha.
"Waalaikummussalam, ni beg nak letak mana encik imam muda?" Soal Ayesha sambil menyakat.
"Meh bagi saya, saya letak dalam boot. Masuklah, takkan nak berdiri kat sini sampai subuh." Perli Fawaz.
"Sabarlah. Pak imam ni tak reti menyabar langsung." Omelan Ayesha dibiar saja oleh Fawaz, lagi dilayan lagi menjadi-jadi.
"Hai kak Ayesha! Saya Fawzatul Tasneem. Boleh panggil Tasneem." Mesra Tengku Tasneem pada Ayesha.
"Hai! Janganlah panggil akak, Ayesha muda lagilah haha." Ujar Ayesha cuba menghilangkan kekoknya.
"Tasneem, akhi dah cakapkan jangan panggil Ayesha akak, dia sebaya dengan enti." Dia menjeling adiknya yang sibuk mahu duduk belakang, sudahnya dia seorang dihadapan. [Akhi ialah saudaraku atau abang dalam bahasa arab]
"Ouh ana lupa hehehe, asif akhi dan Ayesha." Ujar Tengku Tasneem sambil menayangkan barisan gigi putihnya. [Asif ialah maaf dalam bahasa arab]
"Ni Ayesha. Ana nak tanya sikit boleh?" Fawaz cuba menghilangkan hening kenderaan itu.
"Tanya sajalah." Ayesha menyahut malas.
"Enti bawak baju warna apa?" Fawaz mengetuk stereng keretanya. Bukan itu soalan asal.
"Ana bawa warna soft grey dan soft purple. Grey untuk majlis nikah hari sabtu, purple untuk bersanding nanti." Fawaz mengangguk mendengar bicara gadis itu.
"Wah warna Ayesha sama dengan warna yang umi pack untuk akhi. Berjodoh sungguhlah." Tasneem menepuk tangan.
"Tasneem, ana campak enti keluar kereta mahu?" Soal Fawaz dalam nada tertahan-tahan.
"Eh garang benar imam muda ni dengan adik dia. Wat lek wat chill lah imam muda." Ayesha mengenyitkan mata bila perasan Fawaz memandangnya melalui cermin belakang.
"Uhuk uhuk, Ayesha tolong capai ana air sebelah enti tu." Tasneem bersorak riang didalam hati melihat gelagat abangnya. Dapat kak iparlah tak lama lagi.
"Ni ke? Eh gambar apa ni, wah masih simpan eh gambar pelajar tahfiz di Saudi." Tangannya mencapai gambar tersebut. Gambar dimana dia duduk disebelah Fawaz.
"Simpanlah, kadang-kadang rasa rindu dengan adik-adik tengoklah gambar tu." Sekali lagi dia berbohong, dia menyimpan kerana satu-satunya gambar Ayesha duduk bersebelahan dengannya.
YOU ARE READING
ADMIRE IMAM MUDA (C✅)
KurzgeschichtenCINTA IBARAT BUKU TEBAL TANPA MUKA TERAKHIR YANG HARUS DIPELAJARI HINGGA MATI~ TENGKU FAWAZ TAWFEEQ, SIAPA SAJA YANG TIDAK KETAHUI PEMILIK NAMA ITU. AKHLAK DAN ILMU YANG TINGGI MENJADIKAN DIA SENTIASA DIHORMATI DAN DISAYANGI PELAJAR UNIVERSITI AL-SY...