ℙ𝔸ℝ𝕋 𝟛

490 47 1
                                    

𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰 𝙸𝚃𝚄 𝙿𝙴𝙽𝙶𝙾𝚁𝙱𝙰𝙽𝙰𝙽 𝙱𝚄𝙺𝙰𝙽 𝙺𝙴𝙼𝙰𝙽𝙸𝚂𝙰𝙽

-𝙰𝙸𝙽𝙰𝙽

AYESHA P.O.V~

"Kini telah tiba masa untuk umumkan biro-biro bagi Al-Syadah dan Al-Syidah." Huh aku relax je lah, sah-sah aku takkan dilantik hahaha.

"Diminta bangun bagi nama yang ana sebut." Eh tadi bukan Aqmal ke yang MC. Kenapa suara pujaan hati aku pula ni.

"Syed Imran Hakim, Syed Haziq dan Iqmal Faiz bagi Al-Syahad. Nur Ayesha Wardah, Ummi Humairah dan Dhiandra. Sila naik ke pentas." Aku tergamam apabila terdengar namaku disebut. Aku memandang ke arah Fawaz, dia menarik senyuman sinis buatku. Kuajaq!

"Syed Imran, kamu ialah ketua Al-Syahad. Kamu akan dibantu oleh Syed Haziq dan Iqmal Faiz, penolong satu dan penolong dua. Segala hal yang berkaitan dengan Al-Syadah akan menjadi tanggungjawab awak." Susah benar dari penerangan Fawaz tadi.

"Nur Ayesha Wardah, kamu ialah ketua bagi Al-Syidah dan akan dibantu oleh dua lagi rakan kamu. Segala hal Al-Syidah dibawah tanggungjawab kamu. Jika mahu pertolongan, enti boleh terus berhubung dengan Syed Imran. Jelas?" Aku hanya mengangguk pasrah, jejaka ini betul-betul mahu mengenakan aku.

"Ayesha sila beri ucapan sikit." Dia menyerahkan microphone kepadaku. Aku memberi jelingan ke arahnya sambil menyambut. Wangi sungguhlah tangan pak ustaz sorang ni.

END P.O.V~

"Bismillahirahmannirahim dan assalamualaikum buat semua. Ismi Ayesha Wardah, ketua baharu bagi Al-Syidah. Harap semua Al-Syidah boleh memberi kerjasama sepanjang berada dibawah tanggungjawab saya. Disini saya ingin memetik satu hadis berkenaan pelajaran.

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

"Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim." (HR. Ibnu Majah)

Maka saya harap antumna akan belajar bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada para pendidik kita bahawa Al-Syidah juga mampu berjaya seperti para penuntut ilmu ditempat lain. Akhir kalam, moga apa yang kita pelajari ketika bergelar Al-Syidah mampu kita aplikasikan dalam kehidupan. Semangat Al-Syidah!" Fawaz menyimpan senyum mendengar butir bicara gadis itu, sedikit bangga dengan apa yang didengarinya. Dia tidak salah memilih orang untuk dijadikan ketua Al-Syidah.

Kaki dihayunkan menuju ke kolam yang terang dengan lampu-lampu malam yang sangat cantik. Badannya dihenyakkan pada kerusi meja kopi tersebut sambil memikir bagaimana cara untuk memikat Imam Muda pujaan hati. Dia mengeluh.

"Kenapa kamu di sini Ayesha? Jam sudah menunjukkan 2:30 pagi, esok ada aktiviti lagi." Suara garau milik Fawaz membuat Ayesha tersentak dan tersenyum kecil dibalik purdah hitamnya.

"Ana tidak biasa tidur sebelum jam 3 pagi. Ana sudah tidur tapi terbangun semula. Prof, ana nak tanya sedikit boleh?" Kening Fawaz terjungkit sedikit bagai memaksudkan 'apa'.

"Apa hukum perempuan mencintai lelaki yang baru dikenali dan apa yang patut dia buat?" Fawaz sedikit tercengang mendengar soalan gadis itu.

"Cinta ialah satu fitrah dan ujian bagi manusia, nasihat ana supaya enti tidak terlalu obses dengan cinta kepada manusia. Tindakan yang enti patut buat ialah jangan luahkan perasaan enti dalam masa terdekat dan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan enti untuk menghalalkan hubungan enti dengan lelaki tersebut." Ujar Fawaz dalam nada sedikit cemburu.

ADMIRE IMAM MUDA (C✅)Where stories live. Discover now