ℙ𝔸ℝ𝕋 𝟠

548 39 5
                                    

𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰 𝙼𝙰𝙽𝚄𝚂𝙸𝙰 𝙰𝙺𝙰𝙽 𝙼𝙰𝚃𝙸, 𝙲𝙸𝙽𝚃𝙰 𝙰𝙻𝙻𝙰𝙷 𝙺𝙴𝙺𝙰𝙻 𝙰𝙱𝙰𝙳𝙸.

-𝙰𝙸𝙽𝙰𝙽

Harinya telah tiba setelah 3 tahun mengikat tali pertunangan. Iya, Ayesha telah habis diploma di Al-Syad. Tempoh yang banyak menguji mereka berdua. Bergaduh jangan cerita, ada saja topik yang mahu dibangkitkan. Namun itu yang membuat mereka lebih kuat untuk melalui bahtera pertunangan. 

"Dah siap ke sayang ummi?" Soalan dari puan Syazah membuat Ayesha sedikit kaget. 

"Sudah ummi." Ayesha berdiri mendapatkan umminya, dipeluk rapat tubuh puan Syazah. 

"Sudah, jom kebawah. Cantik anak ummi." Digosok perlahan belakang tubuh anaknya. 

"Pengantin lelaki, betul ke tu gadisnya?" Soal tok kadi pada Fawaz. 

"Iya tok." Senyuman dilemparkan, matanya dikenyit sedikit ke arah Ayesha. Ayesha hanya menunduk menyedari kenyitan dari Fawaz. 

Khutbah nikah diperdengarkan bagi mengingatkan tugas suami kepada isteri dan tugas isteri kepada suami. 

"Aku terima nikahnya Nur Ayesha Wardah binti Jaafar dengan mas kahwinnya sebentuk cincin bertakhta berlian tunai." 

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

Air mata gadis itu mengalir sepanjang doa dibaca. Bersyukur M.R Admire Imam Mudanya kini menjadi raja didalam hatinya. Hanya miliknya. Suatu yang tak disangka apatahlagi dijangka hampir saja pertunangan mereka terputus tahun lepas. 

FLASHBACK~

"Assalammualaikum Ayesha, ana nak jumpa di kafe uni sekejap. Ada hal." Fawaz terus menutup call itu tanpa menunggu jawapan dari Ayesha. 

"Ya prof, ada apa mahu jumpa ana?" Soal Ayesha tanpa duduk. 

"Duduk." Dingin saja nada Fawaz. 

"Okey." Sedikit gemuruh mendengar nada dingin Fawaz. 

"Jujur pada ana, enti pergi mana semalam? Dengan siapa?" Soal Fawaz tanpa bahasa-basi. 

"Ana keluar dengan kaw--- oh prof cemburu ya?" Sakat Ayesha. 

"Ana serius Ayesha! Enti jangan main-main, ana tak suka." Tegas Fawaz lagi. Bengkak hati dicop cemburu. 

"Ana keluar berlima, dua lelaki tiga perempuan." Jelas Ayesha. 

"Ana tak kira, lepas ni jangan keluar dengan lelaki. Selagi tunangan enti nama Fawaz Tawfeeq, jangan keluar dengan lelaki." Sinis Fawaz. 

"Prof ugut ana ke?" Soal Ayesha tidak berpuas hati. 

"Iya! Ana tak suka tunang ana dekat dengan lelaki hatta sebagai kawan. Faham?" Suaranya naik seoktaf, menahan marah. 

ADMIRE IMAM MUDA (C✅)Where stories live. Discover now