Bab 24

1.9K 58 2
                                    

MAJLIS pertunangan berlangsung dengan lancar tetapi ditukar masanya kepada waktu pagi kerana selepas zohor Imam Khalid akan menghadiri satu mesyuarat di kampung seberang. 5 dulang hantaran diberi oleh pihak lelaki dan 7 dulang hantaran dibalas oleh pihak perempuan. Selama aku duduk di kampung, aku tidak pernah tahu menahu langsung tentang kewujudan dulang hantaran kerana di Kluang, mama dan abah tidak pernah tunjuk benda alah tu padaku. Rupa-rupanya ia telah disembunyikan dalam bilik opah. Patutlah bonet kereta penuh dengan barang sewaktu mengambilku di asrama! Itu semua barang hantaran tapi belum digubah cantik oleh mama dan opah serta dua adik perempuanku.

Cincin di jari manis yang tersarung elok ditenung dengan perasaan berbalam. Teringat saat yang ditunggu-tunggu oleh semua, Aunty Hanani menyarungkan cincin emas putih bertatahkan sebutir berlian di jari manisku tadi beserta senyuman mekar di bibir. Flash kamera sentiasa menyala dan memancar ke wajahku yang tertunduk. Apakah perasaanku? Terpegun? Tergamam? Terpaku? Terpanar? Aku tidak tahu. Tetapi terasa hati bagai disirami salji. Sejuk. Bagai penuh dengan taman bunga. Rasa bahagia bertandang secara tiba-tiba. Kini secara rasmi aku telah sah menjadi tunang Tengku Amirul Farhan Tengku Umar a.k.a Mister Headprefect sekolah. Rasa tak percaya! Macam mimpi pulak. Pipi dicubit.

“Auww!” memang sakit. Maknanya bukan fantasi la kan? Tapi...

“Mai!!” suara ramai kedengaran. Aku mengangkat muka. Kulihat rakan-rakan tersenyum lebar di muka pintu. Semuanya ayu mengenakan baju kurung. Riak wajah mereka ceria dengan majlis ini.

“Tahniah!” Wana terus berlari mendakap tubuhku. Aku membalasnya.

Thanks.” Senyumku.

“Mai, congratulations babe!” giliran Iman pula memeluk tubuhku. Aku tersenyum lalu mengucapkan terima kasih padanya. Seterusnya giliran D dan Qiela. Mereka memeluk tubuhku ketat-ketat sehingga lemas. Nasib baik Wana dan Iman ada. D dan Qiela tergelak.

Aisyah yang masih berdiri tersenyum manis sambil menghulurkan sesuatu kepadaku. Aku kerut dahi.

“Apa ni?” soalku lurus.

“Itukan hadiah.” Sampuk D tersengih. Aku mendengus kasar.

“Takkan tak kenal kut? Hai... lepas sah jadi tunangan orang ni, hadiah pun boleh tak kenal ya?” Iman pula mengusik. Yang lain berderai tawa.

Aku memejam mata. Hai... sabar aje la dengan mereka ni!

“Memanglah hadiah... but what for?” ujarku masih tidak puas hati. Mata Aisyah ditenung tajam.

Aisyah tersenyum lagi lalu mengambil tempat di sebelahku. Iman memberi ruang kepada Aisyah. Dia, D dan Qiela duduk di atas permaidani sambil memerhatikan kami. Wana masih setia di sisi kananku.

“Hadiah sempena majlis pertunangan kau la.” Lembut Aisyah berkata.

Aku terdiam. Mak aih, sampai belikan hadiah tu!

“Syah, baru tunang okey. Belum nikah or sanding!” keras nada suaraku. Aisyah memeluk tubuhku. Hadiah diletak atas riba Humairah.

“Mai, apa salahnya kalau aku belikan kau hadiah? Memanglah tak wajib tapi aku belikan sekadar suka-suka. Lagipun sepanjang kita berkenalan di sekolah dan di asrama, aku tak pernah beri kau apa-apa. Kau selalu belanja aku choki-choki, belanja aiskrim, makan. Tapi aku tak pernah berpeluang untuk beri sesuatu yang berharga dan istimewa untuk kenangan. Dulu masa aku mula berkawan dengan Wana, Iman dan D, aku bagi hadiah pada mereka. Seutas gelang yang aku buat sendiri khas untuk kenalan rapat yang aku sayangi. Termasuk juga kau. Jadi hari ni aku nak beri kau sesuatu sebagai tanda persahabatan kita. Aku dah lama nak beri tapi kau asyik kata jangan. Jadi aku dah plan untuk beri kau hadiah tanda perkenalan kita sekaligus meraikan kau sebagai tunangan kepada Amirul Farhan, ketua pengawas SMTAA kita.” Panjang lebar Aisyah berkata. Wajahnya juga berseri-seri. Rakan yang lain tersenyum-senyum.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now