Perkara : KEM BINA SEMANGAT SMK TENGKU ARIS ADIWIRA
Tarikh : ... (Sebelum Ujian Bulanan 2)
Tempat : FRIM Kepong.
(Wajib) Tingkatan: 5 Al-Bukhari 1, 5 Ar-Raudhah 1, 5 Al-Ehsan 1, 5 Ibnu Sina 1Semua pelajar tingkatan 5 berkerumun di depan papan kenyataan setelah pengumuman dibuat sebelum rehat tadi. Berasak-asak dan tolak menolak berlaku! Beratur tak boleh ke? Hmm... macam budak darjah 1!
“Heee.... tak sabar pulak aku nak pergi sana!” D teruja.
"Nasib baik cikgu senaraikan kelas. Nasiblah kelas mana yang dapat." sambung D lagi.
"Kelas lain tak pernah dapat pergi camping ke?" soalku lurus. Macam kesian pula dengan kelas-kelas lain.
"Selalu pergi terutama Kelas Perdagangan, Seni dan Muzik. Tahun lepas sampai 3 kali pergi. Tempat best-best pula tu! Pulau Bidong, Port Dickson, Gunung Ledang lagi! Kelas Akaun, Ekonomi, Sains Tulen mana dapat! Tulah untungnya tahun ni kita pulak yang dapat! Heee!" ujar D riang.
“Tapi kau kena ingat, kita kena kerja keras lepas balik camping sebab ujian bulanan selepas camping.” Ujarku senada. Sengaja spoil mood dia. Alah.. mengusik apa salahnya! Hikhik...
D muncung. “Isk! Jangan la ingatkan aku! Baru nak happy-happy pasal camping!” dia menampar lenganku.
Aku ketawa. Aik? Cakap gitu pun tak boleh ke? Hmm.... ni mesti malas nak baca buku! Sama la dengan aku. Hehe...
“Tapi camping kali ini seriously tak best.” Muncul Wana dari arah belakang lalu berdiri di sisiku. Aku mengerling fail dipegangannya. Catur! Ahh!! Nak pitam! Cepat-cepat aku memandang pokok bunga mawar merah yang kembang mekar di sebelah.
“Apesal pulak?” D kerut dahi.
“Korang tak nampak ke kelas Ehsan ada sekali? Means si Diva Babun tu pun ada sekali la, kan?”
D cepat menepuk dahi. “Haah la. Tak perasan. Alaa... spoil mood je.” Bentak D.
“Alah... apa nak takut? Dia serang, kita baling bom bebanyak. Doa la banyak-banyak tak satu kumpulan dengan mereka nanti.” Kataku bagi semangat. Dalam hati, aku pun tak suka dengan si Ammy tu! Terasa aura geli dan loya bila berada dekat dengannya. Semua cas negatif!
“Hello! Excuse me! Diva Ammylea nak lalu okey! Ke tepi!” suara gedik kedengaran membuatkan kami bertiga memandang ke arah pelajar-pelajar yang berasak tidak jauh dari tempat kami berdiri. Ada yang menjelirkan lidah bila ternampak muka Diva Babe. Ada yang suka terkinja-kinja bila nampak Diva Babe. Manusia pelbagai ragam!
“Baru cakap dah sampai orangnya tak jauh dari kita.” Bisikku. Wana dan D buat muka meluat. Serentak, tangan di dada mata ke atas!
“Euuww... Ammy, kita kena bercamping? I tak rela you. Habislah kulit I. Nanti jari I kasar. Boyfriend I mesti tak suka punya. Hmmm....” adu Melissa manja.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)
Romansawritten by sis4na ( not me !! ) kpvst ni dah lama complete tapi author sis4na ada buat pembaharuan (?) dlm jalan cerita dia / cut some parts ( im not sure though ) i nak baca balik yang versi lama punya tapi dah takde , sebab sis4na cuma update sam...