Bab 61

1.3K 55 1
                                    


PETANG Jumaat. Aku merebahkan badan ke katil yang tak berapa nak empuk sangat ini. Uh! Periksa percubaan dah habis. Pertandingan pun dah tamat. Dalam masa dua minggu ini, aku bagai terkejar-kejar waktu. Pagi, periksa. Petang, ada latihan. Malam, solat terawih. Dugaan – puasa. Betul-betul meletihkan.

“Tahniah Kak Humairah.” ucap Nana di tepi katilku.

Thanks, Nana. Nana orang ke lima belas yang cakap macam tu.” Nana tergelak besar. Orang ke lima belas? Macam-macam la kakak angkatnya itu.

“Mai…”

Aku yang baru nak lelapkan mata terus terbantut. Darah mencacak naik ke muka. “Apalagi?!”

Wajah Aisyah terjegul di muka pintu dorm. “Warden nak jumpa. Jom turun.”

“Hah? Nak jumpa? Kenapa pula?” kalutku tiba-tiba. Aku mana ada buat salah.

“Ni pasal outing. Jom la. Yang lain dah ada kat bilik warden.” Aku merengus lemah. Baru nak rehat, terpaksa berjalan semula.

“Berapa ramai yang outing ni?” Warden bernama Rogayah itu menyoal dengan suara garang. Tanya macam nak cari gaduh je! Serammmm!

Wana tunjuk lima jari. Kemudian tunduk semula. Takut dengan panahan laser Cik Rogayah. Boleh dapat nightmare!

“Sampai pukul berapa nak outing ni?” soalan agak sinis dan menyindir. Namun jarinya ligat mencatat di buku tebal berwarna coklat itu.

“Err… lepas buka, kami singgah masjid or mana-mana surau then kami balik aspuri semula.” Gugup Wana menjawab.

“Nilah dia budak zaman sekarang. Niat sebenar lain, tapi mulut cakap lain. Mentang-mentang asrama bagi pelepasan boleh outing sampai pukul 9 hari Sabtu, berjalannnnnn selagi mampu. Buat muka baik nak minta pelepasan keluar. Lepas tu naik tocang! Cakap sajalah nak jumpa pakwe. Nak dating. Tak payah nak berdolak dalih lagi.” Entah apa yang warden itu melalut kami terpaksa menadah telinga.

Pakwe? Dating? Aku ketap bibir. Eee suka-suka dia je tuduh macam tu. Selama duduk di asrama tak pernah kami keluar sampai waktu malam tau. Ni baru sekali. Isk! Cabut gigi palsu tu karang.

“Kalau saya tahu muka kamu berlima ni tak ada pukul 9 nanti, siap! Nah ambik ni. Dah! Keluar!”

Bengkek hati kami berlima. Rasa muka ni macam kena tonyoh dengan cili padi hijau. Dahlah buat cara menghalau. Tak boleh cakap baik-baik sikit ke? Muka semua jangan cakaplah. Berubah 360 darjah! Semuanya kerana kata-kata Cik Rogayah tadi.

“Ni buat aku malas nak keluar lagi dah lepas ni.” ujar D kelat. Matanya merenung jauh ke depan.

“Betul! Aku tak nak jumpa dia lagi. Kalau nak keluar pun aku akan minta kebenaran Cikgu Namisah je. Dengan budak lain okey. Apesal dengan kita dia nganjing gila-gila? Ni first time kot kita keluar sampai malam. Si Tasha, Billa dan Wani tu keluar banyak kali boleh pulak! Masa terlarang pun selamba je muka! Tak ada rasa bersalah pun. Tak pulak dia marah! Eee!” geram Iman. Genggaman tangan kiri ditenyeh pada tapak tangan kanan. Gaya macam tumbuk sambal belacan!

“Mungkin mood dia tak baik hari ini. Kita pula yang kena tempias.” Aisyah meredakan suasana.

“Ah! Dia memang macam tu la, Syah. Muka kita ni memang dia anti. Dah banyak cerita aku dengar pasal dia tu. Tapi aku buat pekak je.” Gumam D lagi. Betul-betul marah budak seorang ni.

“Dah la. Tak payah fikir pasal tu. Sekarang kita dah dapat kebenaran keluar. Iman, dah tanya budak laki?” Wana mengalih topik.

Iman menggeleng lemah. “Nanti la aku tanya. Sekarang takde mood.” Sudahnya kami berlima berjalan seiringan menuju ke tangga dorm. Hati masih terasa dengan kata-kata warden sebentar tadi.


Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now