WAKTU sudah menginjak ke angka 5 petang. Semua sudah penat. Ada yang cabut lari balik. Tapi budak asrama diminta supaya tidak pulang dahulu. Ada hal mustahak yang ingin disampaikan oleh guru. Jadi terpaksalah kami menunggu walhal badan tak tahan penat dan melekit dengan peluh. Gatal woo!
“Okey, malam ni tak jadi. Ingat semua! Program diganti pada minggu depan. Tapi tak bermakna awak semua terlepas waktu prep. Ia sentiasa ada!” jelas Cikgu Namisah. Semua pelajar mengangguk mengerti. Sesudah itu kami bersurai. Aku mencapai beg dengan perlahan. Ada sesuatu membelenggu fikiran.
“Kau nak kami temankan ke nak pergi sorang?” tanya Iman memahami. Aku terdiam.
“Kalau nak privasi pergi sorang aje. Kalau nak berteman, kami ada.” Ujar Wana sambil mengelap muka dengan tuala kecil. Badan serasa melekit dengan peluh yang banyak. Kalau dapat bersiram ni alangkah indahnya. Ditambah lagi berendam lama dalam bathtub. Huh! Tak nak berganjak agakanya dia nanti.
“Aku takut,”
“Tak ada apa yang nak ditakutkan. Dia manusia, kau manusia. Sama-sama orang! Bukan hantu raya!” sempat D buat lawak. Aku mencebikkan bibir. Sempat tu buat lawak! Tak lawak pun actually.
“Mai nak pergi jumpa dia eh?” soal Aisyah di sebelah. Enam pasang mata memandangku tak berkelip. Menunggu jawapan.
Aku menelan liur. “Perlu ke?”
Aisyah mengangkat bahu lalu tersenyum. “Terpulang pada kau. Ikut kata hati. Kalau berat rasa, tak payahlah. Kalau rasa perlu dan mesti diselesaikan, wajib. Lagipun che abang dah suruh tunggu tadikan?” Usiknya. Yang lain tersengih nakal.
“Okey macam ni. Apa kata Syah temankan kau? Lagipun Syah dah kenal Farhan kan? Korang pun sama pengawas and selalu berjumpa. Senanglah. Tak kekok.” Cadang Wana. Aku ikut saja katanya. Sebelum berpisah, kami bersalaman.
“Jumpa di aspuri.” Wana, D dan Iman berjalan pulang ke asrama.
Aku mengeluh. Mata melingas ke kiri dan ke kanan. Kebanyakan pelajar asrama sudah pulang. Cuma aku dan Aisyah saja yang tinggal bersama dengan beberapa pelajar lain yang tidak dikenali rapat. Nak dating kut mereka ni! Pandangan kembali ke wajah orang sebelah.
“Syah....” panggilku meleret. Aisyah yang sedang memasukkan botol air dalam beg mengangkat wajah putihnya memandangku dengan tanda tanya.
“...teman aku?”
Aisyah mengangguk setuju. Aku? Gugup! Jantung tiba-tiba berdebar kencang! Ya Allah, selamatkanlah hambaMU ini!
“BANYAKKAN latihan. Awak dah cukup bagus saya lihat dari tahun-tahun lepas. Cuma saya mahu awak jaga diri awak. Saya mahukan kemenangan seperti tahun-tahun lepas. Rumah Inderapura pasti berjaya tahun ini!” Cikgu Othman memberi kata-kata semangat kepada atlit-atlit dibawah jagaannya. Apa yang diharapkan ialah kemenangan dan kepuasan bermain. Bila puas main, menang pun puas juga kan. Hati orang juga puas.
“InsyaAllah, cikgu. Kami akan berusaha.” Farhan menjawab bagi pihak atlit yang terpilih.
Cikgu Othman, Cikgu Namisah dan Cikgu Tania beransur pulang. Farhan mengemas begnya di Astaka A selepas bercakap sepatah dua kata dengan atlit-atlit yang seangkatan dengannya.
“Untung ler ada ‘abang’ kita tu dapat jadi atlit lagi untuk tahun ini.” Ashraf mengusik.
Farhan mengerling sekilas sambil tangan ligat mengemas segala barang kepunyaannya ke dalam beg Adidas.
Izuan ketawa. “Pembetulan. Bukan untuk tahun ini tapi setiap tahun. Aku rasa pasukan rumah aku kalah tahun ini. Gerenti!” sampuk Izuan membuahkan tawa mereka bertiga.
YOU ARE READING
Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)
Romancewritten by sis4na ( not me !! ) kpvst ni dah lama complete tapi author sis4na ada buat pembaharuan (?) dlm jalan cerita dia / cut some parts ( im not sure though ) i nak baca balik yang versi lama punya tapi dah takde , sebab sis4na cuma update sam...