DUNIAKU kembali aman seperti dulu. Kini tiada lagi latihan untuk catur, sukan dan bla bla bla. Sejak insiden hari itu, aku tidak lagi bersemuka dengan Farhan. Serasa hati bagai disiat-siat mengenangkan ayatnya tempoh hari. Jadi aku mengambil jalan lain untuk dipertemu dengannya. Ada juga mesej daripada Izuan yang mengatakan tentang perangai pelikku secara tiba-tiba. Mana tak pelik kalau kawan-kawan tengah sedap lepak, aku terus blah dari situ naik ke dorm! Memang aku tak boleh tengok muka mamat tu. Sakit hati!
“Mai, awat mengelamun je ni?” tepukan yang kuat di bahu buat aku tersedar. Pantas aku mengangkat muka memandang Iman yang sudah duduk di sebelah bersama buku ditangan.
“Tak ada apa-apa.” Jawabku seperti biasa.
Iman mencebik. “Ingatkan tunang la tu,” sindirnya.
“Jangan sebut pasal dia boleh tak!” marahku tiba-tiba.
Iman terkejut. Bukan dia saja malah beberapa pelajar sekelasnya juga turut berada dalam perpustakaan ini tersentak mendengarnya. Hilang fokus membaca. Nasib baik rakan sekelas sendiri. Kalau campur kelas lain memang haru jadinya!
Aku bangun menuju ke rak buku bahasa Melayu fiksyen di bahagian belakang. Terdapat beberapa buah novel di rak itu untuk pembaca. Aku membeleknya dengan kasar, kemudian meletakkannya semula. Juga kasar. Aku cari novel lain sehingga hati terasa puas.
“Man, apesal dengan Mai tu?” D yang baru tiba terus bertanya berbisik pada Iman.
Iman mengangkat bahu. “Tiba-tiba je angin. Aku rasa dia gaduh dengan Farhan la. Tadi aku saja je cakap ingat tunang la tu, tiba-tiba dia marah. Terkejut aku.” cerita Iman perlahan.
“Aku rasa dia ada masalah la. Tak pernah dia jadi macam ni.” Kata D. Iman mengangguk. Dia terus memulakan pembacaannya. D juga sama. Buku karangan dibelek. Tajuk mengenai keusahawanan dicari untuk mengarang essay.
“Assalamualaikum!” terdengar suara orang memberi salam buat semua penghuni perpustakaan menoleh lalu menjawab.
Khairul dan kroni-kroni sudah tiba. Bertambah sengihan di bibir tatkala wajah Iman menyapanya. Terus dia mengambil tempat depan Iman yang sememangnya kosong.
“Hai, Iman.” Khairul kenyit mata.
Iman menjegilkan mata. “Kau tahu kita dekat mana sekarang?”
“Perpustakaan.”
“Tahu peraturan perpustakaan?”
“Tahu.” Angguknya.
“Apa?”
“Tak boleh buat bising.” Jawab Khairul selamba. Itu pun nak tanya ke? Adik dia yang masih tadika pun boleh jawab. Kacang je!
“Dah tu lagi mahu bising? Diam-diam sudah!” marah Iman perlahan.
Khairul menjuihkan bibir. Nak bermesra pun tak boleh! Kedekut Iman ni tau.
Syafiq, Hakim, Putera dan pelajar lelaki kelas mereka mengambil tempat di meja sebelah. Masing-masing tekun membaca buku. Memandangkan hari ini Cikgu Namisah ada hal yang tak boleh dielakkan maka kami semua disuruh pergi ke perpustakaan dan diganti dengan cikgu praktikal.
![](https://img.wattpad.com/cover/273291806-288-k463834.jpg)
YOU ARE READING
Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)
Lãng mạnwritten by sis4na ( not me !! ) kpvst ni dah lama complete tapi author sis4na ada buat pembaharuan (?) dlm jalan cerita dia / cut some parts ( im not sure though ) i nak baca balik yang versi lama punya tapi dah takde , sebab sis4na cuma update sam...