Bab 30

2.2K 67 4
                                    

KAMI berjalan-jalan di sekitar kota metropolitan ini. Pagi tadi kami berkumpul di Astaka Seri Dewi menunggu teksi datang membawa kami pusing-pusing di bandar Kuala Lumpur ini. Selain D, Ashraff juga berasal dari sini. Kediamannya terletak di Sri Hartamas. Namun dia lebih suka tinggal di asrama. Kerana dalam keluarganya, semua telah dididik untuk hidup sendirian dan berdikari.

“Nak pergi mana lepas ni?” tanya Putera. Kami saling berpandangan. Putera memandangku.

“Opss! Aku orang Kluang. Bukan sini. Yang aku tahu cuma KLCC dan One Utama tapi tu pun dengan family. Yang lain out!” ujarku lalu bergerak selangkah ke belakang. KL bukan tempat aku! Kalau kampung opah aku tahu! Memang senang nak cari tempat yang best-best.

Putera memandang Wana. “Aku pula Melaka.” Ujar Wana.

“Korang tahu aku orang utara. So jangan nak tanya okey!” Iman terlebih dahulu bersuara sebelum Putera menyoal.

“D? Ash?” kami semua merenung teruna dan dara itu. D angkat kening dan Ashraff mula gelabah.

“Aku pun tak tahu sangat actually.” Jujur Ashraff. Dia tersengih sambil menggosok tengkuknya. Kami mengeluh.

“Dah tu macam mana? Kang nanti jalan mana-mana alih-alih sesat.” Risau Hakim.

“Tak apa. Kita jalan aje. Kalau sesat, kita cuba cari jalan lain.” Putus Izuan. Farhan sedari tadi senyap aje. langsung tak bersuara. Takkanlah bawa keseriusan sebagai ketua pengawas sampai ke sini kut? Chill la!

“Han, apesal senyap je?” Izuan menyenggol lengan Farhan dalam nada berbisik. Waktu itu yang lain sedang sibuk berbincang tempat yang ingin dituju.

“Tak ada apa-apa.” Balas Farhan.

“Bohonglah kalau tak ada apa-apa kan? Ada masalah ke? Wanna share with your buddy?”

Farhan membuka topinya. Rambut di kemas sebelum memakainya semula. Kedengaran keluh yang agak berbeza dari selalu. Izuan kerut dahi.

“Aku risau kalau terjumpa dengan sepupu kita yang lain. Kau bukan tak tahu sepupu kita macam mana.” Kata Farhan bernada risau.

Izuan mengangguk. “Ala... relax la. Kau buat je macam biasa. Macam yang kau buat selalu masa dia orang datang rumah. Dingin. Beku. Ais.” Cadang Izuan sambil tersengih. Farhan menjelingnya.

“Han, Wan, kami dah sepakat nak pergi ke KLCC.” Ujar Khairul.

Farhan dan Izuan mengangguk. “Okey, set!”

SETELAH SEJAM BERJALAN....

“Korang nak pergi mana lagi ni? Aku penatlah. Rehatlah kejap.” Rungut Putera sambil mengurut betisnya yang sengal. Bangku panjang yang kosong didudukinya.

“Hello! Dah nama pun outingSo jalanlah. Apalagi? Nak tunggu next week punya next week? Berjanggut nak tunggu tau!” omel D sambil membetulkan tudung.

“Yelah. Tapi masalahnya sekarang ni boleh tak stop berjalan sekejap? Aku dah penat. Korang pulak asyik masuk kedai yang entah apa-apa! Heret kami yang boys pulak tu. Kalau kedai yang kena dengan jiwa tak apa juga tapi korang masuk kedai toys, kedai jual teddy bear, kedai jual baju perempuan, kedai fesyen and etcTime kami nak pergi tempat game, korang merengek bagai nak rak! Itulah! Inilah! Bosan tau tak?” bebel Putera panjang.

“Sekali sekala aje okey. Bukan selalu pun.” Cebik Iman.

“Cuba ikut perangai Mai. Diam je.” Usik Hakim. Aku menceber.

Ketua Pengawas VS Tunang old ver. (sis4na)Where stories live. Discover now