Werewolf

1.8K 67 34
                                    

Tittle : Werewolf
Genre : Fantasy, Romance, Little Comedy & Angst
Length : 14,8+k patah perkataan
Note : Jalan cerita tak sepenuhnya mengikut dalam siri EA, harap maklum🙏🏻 Happy Reading🙌🏻✨


"Hah, serigala?! Kau biar betul??"

Ali mengangguk pasti.

"Ye. Orang cakap dia dah masuk bandar sebelah, mana tahu kalau lepas ni dia masuk kat Cyberraya pulak?"

"Hahahaha!! Ali, Ali.. Kau ni terlalu banyak baca komik ah. Zaman sekarang mana ada serigala~" Kata Sarsi tak percaya dengan cerita Ali.

"Ish, betul lah ada! Ayah aku pun ada dapat berita yang orang-orang sekarang ni tengah beramai-ramai sediakan senjata kalau-kalau serigala tu berjaya masuk Cyberraya!"

"Hoam.." Shaun menguap bosan. "Dah lah! Entah benda tu serigala ke singa ke harimau, aku tak kesah. Aku nak tidur!"

"Ha'ah, aku pun dah ngantuk lah layan cerita mengarut kau ni.. Jom Boy!"

Shaun, Sarsi, dan Boy pun masuk ke tenda, meninggalkan Ali dan Viktor yang masih duduk di hadapan api unggun.

Ali menghembuskan nafas berat.

"Hhh.. Apasal diorang selalu buat main perkataan aku..?"

Viktor tersenyum. Sebelah tangannya pun tergerak untuk memegang bahu Ali.

"Haiya, tak pe ma.. Jangan masukkan dalam hati."

Ali menoleh ke arah kawan baiknya itu.

"Tapi kau percaya kan Viktor?"

Sambil tersenyum Viktor mengangguk.

"Ye aku percaya. Banyak rahsia yang tersembunyi kat alam ni, jadi apa-apa pun mesti tak ada yang mustahil kan? Termasuk serigala sekali??"

Ali ikut tersenyum mendengarnya.

"Terima kasih Viktor. Cuma kaulah yang paling bijak dari semua!"

"Hahaha mana ada.. Eh, baik kita berdua pun tidur. Dah larut ni, besok kan kita dah balik ke sekolah.."

Ali mengangguk. Mereka berdua pun bangun dan segera pergi ke tenda bersama.

W e r e w o l f •

Ali mengambil telefon bimbitnya yang tergeletak di sebelah beg.

Pukul 23.00.

Gila. Sudah hampir setengah jam dia dan Viktor masuk ke tenda, namun hingga sekarang hanya dia yang tak kunjung tertidur.

Ali memejam paksa matanya. Sesekali dia bergolek kesana kemari, harap-harap itu boleh membuatnya mengantuk. Tapi rupanya tidak.

"Arghh!" Ucapnya geram sambil mengubah kedudukannya dari baring menjadi duduk.

Dia melihat sekeliling. Semua kawannya sudah tertidur lena, ada yang siap berdengkur lagi.

"Huftt.. Baik aku keluar kejap. Manatau lepas kena angin aku jadi mengantuk."

Selepas mengambil telefonnya Ali pun mula keluar dari tenda.

Semasa di luar, angin sejuk terus menyambar ke permukaan kulitnya. Dia pun memasukkan kedua tangannya di seluk hoodie hijaunya.

Matanya meneroka ke sekeliling hutan. Bulu tengkuknya mula berdiri.
Macam mana tak, semua orang sudah berada di alam mimpi mereka masing-masing. Tak ada lagi bunyi bising dan meriah murid-murid dan guru, yang terdengar sekarang hanyalah bunyi jengkerik dan burung hantu sahaja.

Ali x Alicia Oneshot StoriesWhere stories live. Discover now