The Secret of Me and You

8.4K 242 126
                                    

Tittle : The Secret of Me and You
Genre : Slice of Life, Comedy, Fantasy, Romance & Angst
Length : 9,7+k patah perkataan


Di rumah Ali...

Hari ini hari Sabtu. Sekarang ini Ali tengah sibuk mengemasi baju-bajunya kerana dia akan berkhemah malam nanti.

Setelah siap berkemas, Ali pun segera turun ke bawah.

"Ha, siap pun kamu Ali. Pergi cepat, kesian uncle dah tunggu tu.." Kata encik Ghazali.

"Ye Ayah.." Ali pun menghampiri encik Ghazali dan mencium tangannya. "Ali pergi dulu ye Ayah?"

"Ye.. Jaga perangai kamu kat sekolah ye?"

Ali pun tersenyum. "Okey Ayah. Assalamu'alaikum.."

"Wa'alaikumussalam.."

Ali pun mula melangkahkan kakinya keluar rumah dan segera menaiki kereta ejen Bakar. Tak lama kemudian kereta itu pun melaju pergi.

Sebenarnya Ali bukan berkhemah kat sekolah, tetapi dia akan berkhemah kat akademi bersama ejen-ejen yang lain. Kali ini Ali dan ejen Bakar terpaksa berkata bohong pada encik Ghazali. Jika tidak, mestilah Ali takkan dibenarkan punya. Dan yang lagi teruk, rahsia M.A.T.A yang selama ini Ali jaga bertahun-tahun dari ayahnya, akan terungkap begitu sahaja.

Tetapi bagi Ali, berkata bohong untuk kebaikan itu tak apa.

Di akademi...

Kini semua ejen muda tengah berkumpul di padang. Mereka semua betul-betul tak sabar untuk mengikuti khemah ini.

"Semua dah ada?" Tanya ejen Geetha. Kesemua ejen muda pun mengangguk.

"Baiklah. Sebelum kita bertolak, apa ada soalan?" Iman mengangkat tangannya. "Ye, apa dia Iman?"

"Misi apa yang akan kami jalankan nanti ejen Geetha?"

Ejen Geetha tersenyum. "Tidak ada."

"APA?!" Jerit kesemua ejen muda.

"Habistu, kita nak buat apa kat sana?" Tanya Jet.

Ejen Karya memegang kepalanya. "Haih.. Kamu ni. Kami para mentor tak memberikan misi apapun untuk kamu semua kerana khemah ini hanya untuk berseronok-seronok sahaja."

"Hah? Betul ke ni??" Soal Moon dengan mata yang bersinar. Ejen Karya pun mengangguk.

"YEAY!!"

"Cunn.."

"Naisuu!"

Ali dan Khai pun ber-high five.

"Tetapi!" Ejen Leon menyergah. Yang perlu kamu semua ingat ialah, jangan bergaduh dan mementingkan diri sendiri. Faham?"

"Faham..!"

"Sekarang semuanya beratur! Lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan." Kesemua ejen muda pun mengikuti arahan tersebut.

"Baiklah. Semua dah sedia??" Soal ejen Bakar.

"Sedia!!"

"Kita gerak sekarang!"

"JOM!!"

Sesampainya mereka di hutan...

"Baiklah. Kami balik dulu ye?" Kata ejen Geetha.

Ali x Alicia Oneshot StoriesWhere stories live. Discover now