Tittle : Unconditional Love (part II)
Genre : Drama, Angst, Slice of Life & Romance
Length : 13,6+k patah perkataan
Language : Melayu & Indonesia (semi-formal)
Note : Sediakan payung sebelum hujan☔ Sambil dengar lagu sad pun lagi bagus ( ꈍᴗꈍ)↕
↕
↕
"Ego cannot give me happiness. Just my own satisfaction. In the end, i regret it."
- Ali Ghazali -
2 Oktober 2026
Asrama Kolej Shanghai, ChinaSekarang ini tengah musim luruh, namun seorang gadis lebih memilih duduk tenang dalam biliknya seraya melihat album yang memaparkan gambar dirinya beserta kawan-kawannya, dan juga.. Seorang lelaki yang dia cintai.
Perlahan tangannya tergerak untuk mengusap gambar tersebut dengan lembut.
Sudah setahun ini dia tak bertukar khabar dengan lelaki itu, rasanya dia semakin rindu. Pasalnya pada awal tahun tragedi bom telah berlaku di Shanghai, yang menyebabkan banyak orang meninggal dan luka-luka. Gadis itu bersyukur, kerana dia menjadi salah seorang yang selamat dari tragedi tersebut--walaupun telefonnya tidak. Itulah yang menyebabkannya lost contact daripada kawan-kawannya.
Hingga sekarang dia tak tahu, apa sahaja khabar terbaru di Cyberraya masa dirinya berada disini. Dan satu-satunya kenangan yang tersisa, hanyalah album tersebut. Kerana tragedi tersebut berlaku semasa dia tengah berada di luar, bukan di pesekitaran asrama mahupun kolejnya.
Masa dia sudah mengganti ke telefon yang baru, dia pun segera menghubungi satu-satunya nombor yang dia ingat--iaitu nombor bapanya. Mendengar bapanya yang tak henti-henti membebel padanya kerana baru dihubungi, dia pun segera menceritakan semuanya.
"Apa?! Jadi macam mana keadaan kamu?!"
"Licia okey pa. Luka sikit je."
"Hmm.. Apa seeloknya papa pulangkan sahaja kamu lagi kesini?"
Mata gadis itu membulat mendengarnya. "Big no papa. Tinggal 4 tahun je lagi, papa nak usaha Licia selama ni sia-sia??"
"Hahh suka hati kamulah. Budak degil."
Gadis itu terkikik kecil. "Papa bertenang ye? Keadaan kat sini dah selamat, dah tak de lagi yang perlu dirisaukan."
"Hm baiklah."
Gadis itu terdiam sejenak. Antara ingin berkata atau tidak, tapi akhirnya dia mengeluarkannya.
"Papa, papa boleh bagi nombor Ali dan kawan-kawan yang lain tak?" Kali ini bapanya pula yang terdiam.
Gadis itu mengetap bibirnya. Seminit berlalu, namun hingga sekarang orang di seberang sana tak kunjung membalas. Sesekali dia melihat ke arah telefon, manatahu sudah diakhiri secara sepihak? Namun rupanya tak. Mereka masih berada dalam talian.
"Ermm papa?"
Bapanya pun akhirnya menjawab, walau tak sesuai dengan harapannya.
"Baik kamu tak payah hubungi mereka untuk masa ni, dan fokus sahaja pada pelajaran kamu."
"Tapi..."
"Kamu sendiri yang cakap tadi kan.. 4 tahun sahaja lagi. Semua kawan kamu pun dah tahu yang kamu akan kembali masa tu. Kamu boleh minta nombor mereka lepas tiba di sini, jadi apa lagi yang kamu risaukan?"
YOU ARE READING
Ali x Alicia Oneshot Stories
FanficFf oneshot khas untuk Alilicia shipper;) Diharapkan baca perlahan-perlahan supaya tak cepat habis:")