Only You My Love

17.9K 448 244
                                    

Tittle : Only You My Love
Genre : Slice of Life, Drama, Angst & Romance
Length : 8,8+k patah perkataan
Note : Don't be a sider! (silent reader). Jangan lupa vote dan comment!!

Di satu bilik khas akademi M.A.T.A., ternampak Ali dan Alicia yang tengah dalam keadaan tegang.

"Ish, ini semua kau punya pasal! Kan kita dah gagal!! Kalau bukan sebab kau langgar aku, mesti Zass takkan terlepas. Dan kita akan menang kau tahu tak!!"

"Apasal pulak? Kan aku dah bagitau kau untuk elak tadi. Telinga kau je yang pekak.." Balas Ali tak mahu kalah.

"APA KAU CAKAP?!"

BUKK!!

"Aduh..!! Sehari kau tak tumbuk aku boleh tak?! Baru je minggu lepas pipi aku dah baik, sekarang bengkak lagi. Ish!"

Ali terus pergi meninggalkan Alicia sorang-sorang kat situ.

"Hmm.."

'Apa aku jahat sangat kat dia ke?'

~♡~

Sekarang ini Ali tengah duduk sorang-sorang kat ruang tamu akademi sambil memegang pipi kanannya yang bengkak selepas Alicia tumbuk tadi. Tiba-tiba..

"Ali!"

"WARGH!! Ish, kau ni Moon.. Jangan suka kejut orang boleh tak?"

"Hehehe, maaf lah. Eh?! Pipi kau bengkak lagi? Kau gaduh dengan Alicia lagi ke?"

"Entahlah dia. Tak habis-habis cari pasal dengan aku."

"Ish ish ish.. Jom aku letak ubat."

Moon pun menarik tangan Ali dan bawa dia ke bilik rawatan akademi.

"Akh! Moon, pelan-pelanlah sikit!!" Rungut Ali masa Moon sedikit menekan pipi dia dengan kain basah.

"Alah, sakit sikit je ni.. Tahan kejap ye?" Moon pun sambung ubatkan Ali. "Hah, dah. Macam mana sekarang?"

"Shh.. Dah tak sakit sangat dah, terima kasih Moon."

"Hehehe.." Moon pun membuat gaya peace. "Sama-sama."

"Haih, aku penatlah hari-hari selalu kena marah dengan Alicia. Dah tak de orang lain ke, yang boleh ajar aku?"

Ali membuat muka sebal.

Moon yang ternampak Ali macam tu pun, terus cubit pipi kiri Ali. "Iii! Comelnya!!"

"Akh, akh.. Moon!! Kau nak buat pipi aku yang satu ni bengkak lagi ke?"

"Siapa suruh kau buat muka macam tu tadi? Comel sangat lah!!"

"Hmmph.."

'Sekurang-kurangnya.. Moon buat macam tu dengan rasa sayang, bukan dengan rasa benci'

"Oh ye, kenapa Alicia marah sangat kat kau tadi?"

"Dia marah sebab aku gagalkan latihan tadi. Maaf ye.. kerana aku, rekor kau dan Chris pun jadi teruk"

Moon tersenyum. "Kau tak payah minta maaf. Kalah dan menang tu biasa, yang penting kita semua dah buat yang terbaik kan?"

Ali x Alicia Oneshot StoriesWhere stories live. Discover now