Love in Ramadhan

5.1K 171 29
                                    

Tittle : Love in Ramadhan (Sequel Only You My Love)
Genre :  Romance, Komedy & Slice of Life
Length : 3,4+k patah perkataan

1 tahun kemudian

Pada pukul 03.30 pagi, di rumah Ali...

Kring kring!!!

Dengan mata yang masih tertutup, Ali pun mencuba capai jam itu. Selepas mematikannya dia terus sambung tidur.

Ali memusingkan tubuhnya. Tangannya yang tergeletak disamping tubuh pun digunakan untuk meraba-raba katil, harap-harap dia akan menjumpai apa yang dia cari. Tapi rupanya tidak.

Akhirnya dia pun putuskan untuk bangun dan mencarinya dibawah dengan keadaan mamai.

Sesampainya dibawah, seketika mata dia menjadi terang apabila bau yang sedap masuk ke lubang hidungnya. Ali pun segera pergi ke dapur, harap-harap dia akan menjumpai apa yang dicarinya sejak tadi.

Sesuai yang dijangka. Di dapur, Ali ternampak isteri tercintanya yang tengah memasak untuk sahur mereka. Diam-diam Ali pun berjalan menghampiri Alicia dan terus memeluk pinggang wanita itu dari belakang.

"Hei sayang!!"

"Huh?!" Kata Alicia terperanjat. "Ish abang ni, terkejut Licia tau!"

Ali tergelak kecil. Dia mula letak dagunya diatas bahu Alicia.

"Licia tengah buat apa ni? Macam sedap je."

"Oh, ini.. Licia tengah buat ayam masak kicap!" Balas Alicia semangat.

Ali mengangguk-anggukkan kepalanya faham.

"Abang boleh tolong tak?"

"Tak payah! Dah siap pun."

"Alah.." Ali terus mengangkat kepalanya dengan muka yang masam.

Alicia tergelak kecil. Dia pun mematikan kompor. Selepas itu dia terus letak makanan diatas pinggan.

"Ekhem!"

Dia memandang Ali sambil menaikkan alisnya.

"Apa??" Soal Ali tak faham.

Alicia memusingkan bola matanya malas. Dia pun melihat ke bawah, atau lagi tepatnya ke arah tangan Ali yang tengah melingkar di pinggangnya. Ali yang tak faham pun segera mengikuti arah pandang Alicia itu.

"Oh! Sorry.. Hehehe." Ali pun melepaskan tangannya dari pinggang Alicia sambil tersengih.

Alicia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia pun mengambil pinggan dan letak diatas meja bersama nasi dan lauk pauk lainnya.

"Makanan dah siap. Mari sahur?"

"Yeay! Jom!!"

"Et, et.. Nanti dulu!"

Ali x Alicia Oneshot StoriesWhere stories live. Discover now