BR 39

72 4 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

'Siapa dia ya? Prince charming?'

Itulah persoalan yang kini melanda fikiran Mia. Sampai dia duduk berteleku di hadapan sejadahnya sesudah solat Zohor tadi. Jari jemari bermain sesama sendiri. Sesekali Mia menggigit kukunya. Kemudian dia beralih berbaring di atas katil pula. Masih gigih memorinya menyelami cebisan-cebisan memori zaman kanak-kanaknya.

"Hah! Jangan-jangan!" ngomel Mia sendiri.

Bayangan memori yang mulai muncul biarpun samar-samar membangkitkan semangat Mia. Mia terus bangun daripada pembaringan dan meloncat turun daripada katil.

Kepala lincah memerhatikan segenap ruang rumah nek wan itu mencari kelibat Bella.

"Bakpe Mia? Cari sape?" Terkejut nek wan yang sedang kusyuk mengaji . Terkebil-kebil nek wan melihat Mia yang datang menerjah biliknya.

"Ah! Maaf nek wan. Mia ingat Bella ada dengan nek wan." Mia tersipu-sipu dengan tindakan tidak senonohnya itu. Entah apa yang dia gelabahkan sangat tak tahulah.

"Oh! Ara keluar doh tadi! Lepas solat Zohor tadi. Dia tak bagitahu kamu?" Jarang dua cucunya ini berenggang. Nek wan memandang pelik Mia.

"Oh ye ke? Dia lupa la kot. Takpelah nek." Mia berkira-kira sebelum menyambung lagi. "Emm nek wan... Nek wan ada simpan lagi ke barang-barang kita orang masa kecik dulu?"

Mia bertanya dengan penuh harapan kerana seingat dia, mama sering membebelkan nek wan yang tidak mahu membuang barang-barang lama yang sudah tidak boleh dipakai. Kenangan kata nek wan!

"Cuba tengok dalam kotok bawah katil. Dok pon yang atah almari nuh." jawab nek wan setelah puas memikir.

"Okey!" girang Mia.

Habis satu persatu kotak yang Mia jumpa dia buka.

Baju lama.

Patung permainan.

Dan juga buku-buku lama.

Buku latihan sekolahnya dahulu pun ada.

Pffttt!

Tergelak Mia apabila membelek buku-buku lamanya itu. Tulisan semasanya masih bersekolah seperti cakar ayam.

'Ish, mana ye lukisan tu?'

Mia memandang kotak terakhir yang berada di atas almari itu. Perlahan-lahan Mia memanjat kerusi untuk mencapai dan membawa turun kotak itu. Mujur kotaknya kecil jadi mudah untuknya mengangkat.

Hah?

Baju lagi.

Memendam rasa geram dan ingin menjerit kerana barang yang dicari tidak diketemui, Mia melampiaskan rasa bengangnya dengan menepuk-nepuk tilam di sebelahnya berkali-kali. Baru sahaja Mia merasakan seperti dia mendapat sesuatu petunjuk, kini dia kembali ke jalan buntu.

Sudahlah habis semua kotak dia selongkar namun tidak membuahkan hasil langsung.

Stress!

Mahu tidak mahu Mia harus mengemas kembali kotak-kotak itu, kalau tidak bernanah pula telinganya nanti dibebel oleh nek wan. Sudahlah berdebu habis badannya kerana habuk yang terdapat pada kotak-kotak itu. Sebal betul!

Dukk

Bunyi benda keras yang terjatuh itu membantutkan usaha Mia menyimpan kembali kotak ke atas almari itu. Mia meraba-raba sehingga dia mencapai sesuatu yang keras lalu mengambilnya.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now