BR 03

179 15 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Panas mentari mencurah menghangatkan suasana. Terik yang dirasakan amat perih.

Peluh yang mengalir tidak dihiraukan. Ayuhan kaki dilajukan menuju tempat berkumpul.

"Kaira! Cepatlah, panas ni." laung Syahira yang kepanasan menanti Kaira.

Tangannya laju mengibas muka yang kian membahang.

Di sisi Syahira, Mia turut mengipas menghilangkan bahang yang dirasai.

Mencicit Bella dan Kaira menuruni tangga kampus menuju ke arah Syahira dan Mia.

"Sorry guys. Ada hal sikit tadi." Kaira memohon maaf setiba sahaja di hadapan dua insan yang sedang cemberut itu.

"Haah. Dia jumpa buah hati dia." pintas Bella yang tersengih di sebelah Kaira. Sengaja hendak memanaskan keadaan lagi.

"Apa-apa je lah. Cepat buka kereta ni. Aku dah hangus tunggu kau kat luar ni." kata Syahira yang malas berlama-lamaan di tengah panas.

"Okey, okey. Aku buka kereta. Jom masuk kita gi shopping." balas Kaira yang rasa bersalah pulak sebab terlewat.

Tambahan pula, dia merupakan satu-satunya yang membawa kenderaan ke kampus a.k.a driver rakan-rakannya untuk ke mana sahaja.

Oleh itu, rakan-rakan yang lain sering mengharapkan Kaira untuk membawa mereka ke tempat yang dituju.

Bagi Kaira, dia tidak kisah membawa rakannya ke mana-mana yang mereka inginkan kerana dia memang kaki jalan.

Tak betah duduk di rumah sahaja katanya.

"Eh, Maira mana?" soal Mia apabila tempat duduk di sebelahnya kosong.

"Aigoo, Maira tak balik cuti lagi." jelas Syahira. "Kau macam tak biasa, dia kan suka buat jadual kuliah sendiri." sambung Syahira sambil mencebik.

Ya. Humaira memang seorang yang suka ponteng kuliah terutamanya minggu pertama kuliah, katanya pensyarah pun cuti lagi.

Kawannya yang seorang itu memang kuat bercuti. Lagi pula, keluarganya berada dan mampu menanggung keperluan anak perempuan mereka yang seorang itu.

Syahira mengeluh tanpa sedar bila memikirkan indahnya hari Humaira yang masih bercuti.

Kereta milik Kaira terus meluncur laju menuju ke Mydin Mall yang terbesar dan terdekat dengan rumah sewa mereka. Suasana di Mydin Mall kelihatan sesak dengan manusia yang sibuk mencari barang yang mereka inginkan.

Toko-toko kecil yang ada disekitar Mydin Mall juga kelihatan rancak dengan aktiviti tawar-menawar dengan pelanggan.

Nun berdekatan dengan pintu pemeriksaan keluar dari Mydin Mall, empat orang gadis bergelak ketawa sambil menyorong dua buah troli yang sarat dengan barang keperluan.

Entah apalah yang dibelinya.

"Weh, ramai gak orang hari ini. Tak larat aku kena beratur panjang tadi. Lenguh kaki. Apahal ramai sangat orang hari ini? Bukan gaji pun kan?" ujar Bella yang kelihatan agak berpeluh sedikit meskipun keadaan berhawa dingin. Bahang manusia.

Tak tahan kena berasah dengan orang ramai dalam Mydin Mall sebentar tadi.

"Lah, kau ni cubalah jangan tanya soalan yang lembab camtu. Biasalah bukak sem, ramai student yang beli barang keperluan. Macam kita ni." balas Kaira sambil memuncungkan bibirnya ke arah lautan manusia yang masih beratur di kaunter bayaran.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now