BR 18

100 8 0
                                    

· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·
𝕭𝖆𝖞𝖆𝖓𝖌𝖆𝖓 𝕽𝖎𝖓𝖉𝖚

Kaira segera meletakkan keretanya apabila matanya menangkap tempat kosong berdekatan antara wakaf dan surau itu.

Meja bulat di penjuru kiri itu menjadi pilihan mereka untuk melepak. Masing-masing memegang bungkusan makanan mereka.

Kaira dengan Roti Gardenia Coklat, Bella dan Syahira menikmati Nasi Kerabu manakala Humaira dan Mia memilih sosej dan daging burger untuk mengalas perut mereka.

"Mia apa cerita tadi?" soal Humaira yang daripada tadi penasaran.

"......"

"Mia janganlah diam je. Ceritalahhh..." desak Syahira juga.

"Emir duduk sebelah aku je dalam kelas Jepun tadi. Takde apa sangat pun."

"Takkan tu je."

"Yang kau masam mencuka tu kenapa? Tak puas hati je gayanya."

'Hai, dua orang ni. Selagi tak dapat dengar apa yang dia nak dengar selagi tu jugak paksa orang cerita'

Mia mengeluh sebelum menyambung, "Aku bengang je sebab dia tiba-tiba tegur aku. Kalau tak menyakitkan hati takpe, ni macam saja je nak kenakan aku."

"Dia kacau apa?" Kaira pula mencelah.

"Takdelah kacau cuma...dia block aku masa aku on the way nak gi kelas tadi. Pastu ajak jalan sekali. Pastu dia tiba-tiba gi tolak pintu bilik kuliah tu besar–besar. Macam tak nampak aku tengah tolak pintu tu jugak. Nasib tak tersembam."

"Oh tu yang kau tiba-tiba menjerit tu." Bella mentertawakan Mia. Lucu betul bila teringatkan wajah Mia tadi.

"Lagi-lagi?"

"Tu je la."

'Ada lagi ke?'

"Aip aku nampak kau main-main mata tadi dengan Emir. Korang ada apa-apa eh?" Ternyata Kaira perasaan akan tindak-tanduk Mia dan Emir tadi.

Mia agak terkedu mendengar kata-kata Kaira. Kelu lidahnya hendak membalas. Dia tidak mahu salah faham timbul.

"Waww.. senyap-senyap ya. Tak bagitau kita orang pun Mia." ujar Syahira.

"Ma-mana ada!"

"Adakah ini cinta?" Tidak habis-habis lagi berangan si Humaira ini.

"Kan... Sejak gurau senda di library hari tu, aku tengok Emir macam tiba-tiba je kerap tegur Mia. Kalau tak, payah tengok dia borak dengan budak perempuan. Suspicious!" Kaira memandang Mia dengan penuh makna. Gurau senda sangat.

"Serious la?"

"Ish takdenya. Takyah dengar cakap dia orang ni Bell. Merepek. Imaginasi terlebih."

"It's okay. Tak nak caya aku cakap takpe. Kita tunggu minggu depan macam mana nanti. Ada orang make a move or not. Nak betting?" Kaira menaik-naikkan keningnya ke arah Mia.

Mencabar. Ada beran?

"Then I will say yes."

"Aku pun bet ada."

"So, Mia dan Bella korang rasa apa?" tanya Kaira sekali lagi apabila dua–dua orang itu masih membisu.

"Tak. Dahlah aku nak solat dulu." Mia terus meninggalkan kawan-kawannya yang sedang berseronok mengusiknya. Tak betah rasanya!

Kaira, Humaira dan Syahira mula mengekek ketawa apabila melihat Mia sudah pun menghilangkan diri ke dalam surau. Walaupun Mia yang mereka kenal seorang berhati kering tapi dia sering mengelak apabila dikenenkan dengan seseorang. Allergik betul! Apa yang ditakutkan sangat pun tidak tahu.

Bayangan RinduWhere stories live. Discover now