18

54 6 4
                                    

Cause I knew I was in love with you

When we sat in silence

Kereta diberhentikan di hadapan restoran Lee's Luxury

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta diberhentikan di hadapan restoran Lee's Luxury. Eunha membuka tali pinggang keledar dan memandang Namjoon yang sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Taknak cium! Awak tak mandi lagi." Eunha mencebik.

"Eh hello! Saya bangun lambat sebab awak juga tau. Jangan nak mengada, sini!" jari Namjoon menunjuk isyarat untuk Eunha mencium pipinya.

"Pagi-pagi lagi dah mengada!" sengaja Eunha mempamerkan riak wajah jengkel.

"Ish, cepat la sayang! Saya rushing ni, pukul 9 ada practice."

Eunha mendekatkan wajahnya dan satu kucupan hinggap di pipi kiri Namjoon.

"Nasib baik sayang!" Tergamam Namjoon dengan kata-kata Eunha. Terus dia auto-blushing!

Eunha keluar lalu pintu kereta ditutup rapat. "Take care awak!" Tangan dilambai kepada Namjoon yang masih terkesima.

Namjoon membalas lambaian itu dan melihat Eunha berjalan memasuki perkarangan restoran Lee's Luxury. Pipi Namjoon yang kemerah-merahan ditekup kuat. "AHHHH! COMEL BETUL!"

Kepala Eunha dikalih kebelakang melihat kereta Namjoon yang beransur pergi. Bibirnya diketap kerana menahan malu. Malu kerana mengakui bahawa dia menyayangi Namjoon secara face to face sebentar tadi. 'Kim Namjoon, Stop making my heart flutters. Boleh heart attack la saya kalau setiap hari macamni!' getusnya sendiri.

Pintu utama Lee's Luxury dikuak. Keadaan lengang di tingkat satu menandakan waktu masih awal untuk Eunha masuk ke central kitchen. Kakinya melangkah ke kafe selepas selesai mengimbas kad pekerja.

"Annyeonghaesayo." Tunduk seorang pekerja kafe sebaik sahaja dia bertembung dengan Eunha di pintu kafe.

"Annyeonghaesayo." Eunha menunduk dan memberikan senyuman kepada pelayan itu. Terus dia melangkah pergi ke kaunter.

"Morning chef." Sapa pelayan di kaunter. "Morning, macam biasa ye." Balas Eunha. Seperti kebiasaan, dia akan singgah ke kafe untuk memesan secawan latte sebelum masuk bertugas di kitchen. Itu pun kalau Namjoon tak cari pasal dengan dia di waktu pagi, dari rumah sampai ke tempat kerja ada saja topik dijadikan bahan untuk dia dan Namjoon bergaduh.

Pelayan tadi memberikan resit bayaran kepada Eunha. Punggung dilabuhkan di atas sebuah kerusi tinggi sementara menunggu pesanannya siap.

"Tau tak pasal kes bar manager kat atas ni?" Seorang pekerja bertanyakan kepada rakan sekerjanya sambil menundingkan jari ke atas.

Rakan sekerjanya hanya menggeleng perlahan, "Kenapa?"

"Ada fraud case! Customer jumpa wine tiruan. Apa lagi? Kena report la." Nada suara pekerja itu perlahan namun dapat didengari jelas oleh Eunha.

PERFECT TO MEWhere stories live. Discover now