19

85 8 0
                                    

You're the closest to heaven, that I'll ever be

You're the closest to heaven, that I'll ever be

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya keluar beli makanan dulu. Awak naik bilik, pergi rehat. Nak saya dukung ke?" Namjoon menyegih nak ambil kesempatan. Eunha diam membisu sambil menggeleng perlahan.

"I'll be home soon." Namjoon menarik Eunha ke dalam pelukan lalu mengucup dahi isterinya. Belum sempat Namjoon hendak keluar dari rumah, lengan bajunya ditarik perlahan oleh Eunha.

"Nak ikut.." minta Eunha, bunyi macam anak kecil.

"Lah.. Awak tak sihat kan? Saya keluar kejap je, kejap lagi saya balik. Okay?" Lembut suara Namjoon memujuk. Terus mencuka wajah Eunha.

Namjoon mati akal. Kenapa pula Eunha buat perangai macam budak kecil ni? Sejak dia sedar dekat hospital tadi, asyik nak melekat sahaja. Taknak berenggang langsung.

"Sayang, awak tak sihat. Dah, saya teman awak naik atas. Jom." Lengan Eunha ditarik perlahan. Namjoon mendaki tangga bersama Eunha di sisi. Kepala Eunha terlentok di bahu Namjoon.

Pintu bilik utama dikuak. Eunha merebahkan dirinya di atas katil. Namjoon mengangkat tubuh Eunha dan membetulkan posisi tidur dan menarik comforter menyeliputi badan isterinya. Bibirnya mencium lembut dahi isterinya.

"I'll be back." Namjoon membisik dan tersenyum kecil.

"Apa-apa call saya." Pesan Namjoon sebelum keluar dari bilik sambil melambai tangan. Pintu ditutup rapat.

Perasaan Eunha bercampur baur. Tiba-tiba dia emosi tak tentu pasal. 'Kenapa dia tinggal aku sorang-sorang kat rumah ni! Takla, aku ni kenapa dari tadi nak emo?! Aduh! Lee Eunha what is wrong with you?!' Dia mendengus kasar. Penat lah!

Sudah la period-nya belum datang lagi. Kepalanya mula berdenyut memikirkan mimpi tadi, bertambah pula dengan masalah-masalah lain. Kejap dia fikir pasal Yeonjun, kejap dia fikir pasal Soyeon.

Appa pula nampak macam ada masalah sewaktu mereka berjumpa di bilik meeting Lee's Luxury pagi tadi. Walapun En.Sungjun nampak tenang tapi Eunha kenal sangat dengan ayahnya itu. Macam ada yang tak kena. Mimpi sewaktu dia tertidur di hospital bermain di fikiran.

Hujan lebat membuatkan dia memeluk tubuh kesejukkan. Matanya melirik ke kiri dan ke kanan. Kenapa pula dia terduduk dekat pintu rumah ni? Namjoon datang dan mengusap kepala Eunha dari belakang.

"Saya keluar kejap ye. Awak tunggu saya balik okay?" Eunha yang terduduk di lantai hanya memandang Namjoon keluar dari rumah.

Eunha tak mampu bergerak walau satu inci pun, dia seolah-olah lumpuh satu badan. Mulutnya pula bagai dikunci. Walhal Eunha tahu sesuatu yang buruk bakal menimpa Namjoon sebentar nanti.

'Yeobo!' teriak Eunha di dalam hati.

Pagar rumah terbuka. Namjoon memusingkan badannya dan melambai anak kepada Eunha. Masih dengan senyuman yang lekang di bibir, Namjoon melihat isterinya itu buat kali terakhir sebelum badannya dirempuh dengan sebuah kereta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PERFECT TO MEWhere stories live. Discover now