08

347 29 3
                                    


Even though there aren't any stars out tonight, you're still shining like one

Even though there aren't any stars out tonight, you're still shining like one

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eunha merebahkan diri di atas sofa yang bertempat di ruang tamu. Dia merenggangkan anggota tubuh badannya.

"Auw!" Eunha mengaduh kesakitan. Siku kanan dibeleknya. Terdapat balutan bandage di kawasan tersebut. Bahagian belakang badannya yang berasa sakit itu diurut perlahan.

'Patut ke aku bagitahu Namjoon tentang ni?' Soal Eunha terhadap diri sendiri.

Flashback

Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8 PM menandakan sudah tamat waktu pekerjaannya.

Eunha keluar dari Lee' s Luxury Restaurant dengan lega. Sejak dari awal pagi tadi, dia asyik ditanyakan dengan soalan mengenai rumors yang berkait dengan Namjoon. Macam dia pulak yang jadi penjenayah merompak bank.

'Nasib ada Sungyeol Ahjushii tersayang yang halau manusia2 tadi yang tanya aku macam2 suruh sambung buat kerja' bisik Eunha.

Baru sahaja dia hendak memasuki ke dalam keretanya, bahunya tiba2 direntap oleh seseorang. Panik mula mengusai diri.

"Lepaskan aku! Lepaskan umph-" Mulut Eunha ditekup. Tangan yang merentap bahunya tadi membawanya ke arah sebuah lorong gelap.

Eunha cuba untuk meloloskan diri namun gagal kerana pisau mula diacukan di lehernya.

"Kau diam!" arah pemilik suara itu. Eunha mengecam suara itu adalah seorang perempuan.

Perempuan itu menolak Eunha jatuh di atas jalan tar yang tidak diturap dengan baik. Eunha mengaduh kesakitan. Siku kanannya berdarah akibat tolakan tadi. Gelak tawa perempuan kedengaran. Dia bangun sambil memegang sikunya. Sekumpulan perempuan sedang mengelilinginya sekarang. Eunha mati akal.

Wajah kumpulan perempuan itu ditutupi dengan mask hitam. Sebuah pukulan daripada kayu besbol hinggap di bahunya kemudian di kawasan belakang badan. Eunha menangis kesakitan.

'Namjoonn..' Matanya ditutup rapat. Pukulan yang bertalu-talu diberikan oleh kumpulan perempuan tersebut. Dia hendak melawan, tapi apakan daya kudratnya semakin lemah.

Siren polis tiba2 kedengaran. Kumpulan perempuan itu terkejut dan cepat2 melarikan diri daripada lorong gelap itu. Eunha mengeluh lega. Dia memandang kawasan sekelilingnya.

"Eunha noona?" Soal seorang lelaki yang berpakaian kemeja di badan yang berada tidak jauh dari tempat yang didudukinya sekarang. Lelaki itu meluru laju ke arah Eunha.

"Gwenchanayo?" tanya lelaki itu sambil membantu Eunha untuk bangun.

"Gomawoyo Jun-shii." Ucap Eunha.

"Perempuan2 tadi tu mesti sasaeng fans. Noona nak balik rumah kan? Biar saya yang hantarkan." Kata Yeonjun.

"Eh, takpelah Yeonjun. Noona boleh balik sendiri. Lagipun kereta tu takkan la nak tinggalkan kat sini?" balas Eunha.

PERFECT TO MEWhere stories live. Discover now