03

424 39 2
                                    

you smile like

helium

and I

float

Eunha bangun dari birai katil sebaik sahaja memberi morning-kiss kepada Namjoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eunha bangun dari birai katil sebaik sahaja memberi morning-kiss kepada Namjoon.

"Nanti bila dah bangun, makan sendiri ok?" kata Eunha kepada Namjoon yang entah dengar ke tidak.

Dia mengambil beberapa langkah untuk keluar dari bilik Namjoon dan sebaik sahaja dia memulas tombol pintu bilik tersebut.

'Buff!'

Teddy bear gergasi milik Namjoon tiba2 menghempap badan Eunha yang cukup genit itu.

'Aduh! Sejak bila teddy bear ni boleh terbang?' Eunha mengusap kepalanya dan memandang ke arah Namjoon.

Kelihatan Namjoon yang sudah terjaga dari tidurnya dengan muka yang cemberut memandang Eunha.

"Denda 1!" Namjoon bersuara.

"Sakit tau tak! Teddy bear awak ni kecik tak kalut!" Eunha berleter.

"Denda 2! Bawak teddy bear tu kat saya sekarang!" arah Namjoon.

Eunha mendengus. Dia mengangkat teddy bear itu.

'Beratnya!' detik hati Eunha. Dia perlahan-lahan membawa teddy bear itu ke arah katil Namjoon.

'Besar lagi teddy bear tu dari orang yang mengangkatnya.' Bisik Namjoon melihatkan isterinya membawa teddy bear itu dengan gagahnya tapi tak menampakkan muka kerana saiz teddy bear itu besar sedikit daripada saiz badan Eunha.

Eunha meletakkan teddy bear tersebut bersebelahan dengan Namjoon.

Dia tercungap-cungap kerana membawa sesuau yang lebih berat dari dirinya sendiri.

"Denda 3! Suap saya makan!" arah Namjoon lagi.

Eunha mendengus geram. Dia mengambil air kosong yang berada di dalam tray. Disuakan gelas itu ke mulut Namjoon. Namjoon membuka mulutnya dan meneguk air tersebut.

Eunha kemudian mengambil Strawberry milkshake dan menghalakan straw ke mulut Namjoon.Namjoon menyedut straw tersebut.

"Great. Tak masam, tak manis sangat." Komen Namjoon.

Eunha tetap dengan muka menyampahnya. Dia meletakkan kembali strawberry milkshake kembali ke dalam tray.

Belum sempat dia mencapai French toast yang berada di atas pinggan, tangan Namjoon cepat mencapai French toast itu lalu disuapkan makanan itu ke dalam mulut Eunha.

Eunha terkedu. Dia mengunyah perlahan roti itu.

French toast yang selebihnya dimakan sendiri oleh Namjoon.

"Mashidda!" kata Namjoon dan membelai lembut rambut panjang Eunha.

Eunha mula blushing.

'OH NOO! Aku dah masuk perangkap!'

PERFECT TO MEWhere stories live. Discover now