01

842 49 9
                                    


For the love, for laughter, I flew up to your arms

 For the love, for laughter, I flew up to your arms

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eunha." Panggil Namjoon lalu memeluk pinggang isterinya dari belakang.

Pipi gebu Eunha mula blushing. Namjoon tersengih.

'Suka la tu'. Fikir Namjoon.

"Nae?" Kata Eunha sambil tanggannya mengacau sup yang dimasaknya dengan senduk.

"Apa beza awak dengan tong sampah?" soal Namjoon.

'Hailah suami, kenapa dengan tong sampah jugak kau nak bandingkan aku.' 😔 bisik hati Eunha.

"Err, tong sampah busuk tapi saya wangi?" jawab Eunha meneka.

Namjoon menggeleng dan tersenyum.

"No, sayang. Tong sampah ada gunanya,tapi awak tak ada guna." Jawab Namjoon dan cepat2 melepaskan pelukan lalu berlari menuju ke ruang tamu.

"Whatttt?! EH KURANG ASAM BETUL!" jerit Eunha dengan mata yang terjegil tanda menahan marah. Dadanya berombak.

"Ada jugak yang kena belasah pakai senduk ni kot!!" kata Eunha dengan nada yang tinggi. Dia menggeleng sebelum menyambung kerja yang tergendala.

Sementara Namjoon yang sedang menonton tv di ruang tamu hanya ketawa berdekah-dekah seperti gorilla di zoo.

Eunha mengeluh perlahan.

'Kenapa aku ditakdirkan jadi bini eskpres mamat gila tu???' otak Eunha ligat berfikir dalam banyak2 perempuan, kenapa Lee Eunha juga yang bapaknya si Kim Namjoon pilih sebagai menantu?

Baru 1 bulan 2 minggu mereka berkahwin tetapi hati dan otak dan segala mak nenek yang ada pada diri Eunha bagaikan hendak pecah kerana mulut Kim Namjoon yang tersangatlah tak berinsurans.

Fikirannya kemudian mengingati tentang perkara yang terjadi pada 4 bulan yang lalu.

Flashback

"Encik, kenapa saya kena ada kat sini eh?" soal Eunha.

"Kejap lagi cik akan tahu. Sebelum tu cik boleh duduk dulu kat sini." Lelaki yang dikenali sebagai En.Seojun itu mempelawa Eunha duduk di atas sofa yang disediakan.

Eunha melabuhkan punggungnya. Hatinya masih berdetik kenapa dia harus berada di dalam bilik itu.

Pintu bilik diketuk dan dua orang lelaki masuk ke dalam bilik bersaiz sederhana itu. Seorang memakai spek mata hitam dan seorang lagi bertubuh tegap.

'Dah kenapa pulak ada orang lain kat sini. Diorang nak buat apa2 ke kat aku?' Hati Eunha mula rasa tidak tenang.

"Err.." Belum sempat Eunha mengabiskan ayatnya, En.Seojun bersuara.

"Memandangkan semua pewaris dah ada kat sini, baik saya mulakan penyerahan waris daripada mendiang Tuan Kim." Kata En. Seojun lalu membuatkan Eunha terpinga-pinga.

PERFECT TO MEWhere stories live. Discover now