¹⁸

44 1 0
                                    

Hyunjung menghirup kopi perisa kegemarannya sambil menikmati pemandangan di balkoni bilik hotelnya.

Mindanya mengimbas semula peristiwa hidupnya yang lalu. Ianya pahit tetapi bibirnya masih tersenyum. Rasa bersyukur terbit di sudut hatinya.

Tiba - tiba, bunyi menandakan seseorang masuk bergema di dalam bilik itu.

Hyunjung menoleh dan kelibat seseorang itu seperti yang disangka iaitu Jiyeon.

Hyunjung berjalan masuk lalu duduk di atas katilnya. Cawan kopinya tadi diletakkan diatas meja dan terus memandang Jiyeon yang baru sahaja meletakkan beg baju persalinannya di lantai.

Pandangan Hyunjung membuatkan Jiyeon terasa kekok.

"Oh... U- Unnie", Jiyeon memberinya senyuman kekok. Mungkin dia masih kekok kerana kejadian di kolam tadi.

"It's okay. You can ask me anything. I'm okay now", Hyunjung memberinya senyuman.

"Ah...", Jiyeon terdiam.

Dia teringat pada pesanan Sojung tadi supaya tidak bertanya apa - apa. Jadi, dia berpegang pada janji.

"Ani.... Nothing. Erhh... I'll take a shower first", Jiyeon mengambil tuala daripada begnya lalu terus pergi ke bilik mandi.

Senyuman Hyunjung tadi hilang. Dia memandang ke bawah. Dia termenung. Termenung kerana sesuatu.

*****

Hari menjelang malam dan hujan pun turun renyai. Jadi penggunaan penghawa dingin dapat dikurangkan.

Mereka menonton televisyen tanpa bercakap. Kedua - duanya tiada niat ingin bersuara. Sehinggalah Jiyeon memanggilnya.

"Unnie".

Hyunjung yang berselubung di bawah selimut yang tinggal mata dan keatas sahaja di luar selimut memandang Jiyeon.

"What do you wanna eat? We didn't have dinner yet", sambung Jiyeon.

"Erm... I think i'm sleepy now", Hyunjung bersuara perlahan.

"Oh.... Are you serious you don't want dinner today?", soal Jiyeon lagi inginkan kepastian.

"Nae", balas Hyunjung lalu matanya menghadap televisyen semula.

"Oh.. Okay", Jiyeon menaip sesuatu pada telefonnya.

Hyunjung senyap - senyap melihatnya semula. Dia sudah agak yang Jiyeon hanya bermesej dengan kawan mereka yang lain. Dia tidak menyangka apa - apa pun. Dia hanya ingin melihat keindahan.

-

Hidangan makan malam Jiyeon tiba di bilik mereka 20 minit selepas dipesan.

Hyunjung hanya memandang Jiyeon di hadapan pintu. Tiba - tiba, Jiyeon menuju kearahnya dengan sebungkus makanan lagi dan kelihatan seperti ingin memberinya.

"Unnie, watermelon for your snack", Jiyeon menghulurkan bungkusan itu.

"Oh, gomawo", Hyunjung menyambutnya selepas duduk sepenuhnya.

Bungkusan itu terus dibuka sambil matanya masih melekat pada televisyen. Nampaknya siaran yang disiarkan menarik perhatiannya.

Tiba - tiba, tangannya menyentuh sesuatu yang berbentuk seperti kertas.

Dia memandang sesuatu itu. Sebuah surat. Dia terus memandang Jiyeon dan Jiyeon kelihatan baru sahaja mengalihkan pandangan.

Dia mengeluarkan kertas itu dahulu dan dibacanya.

"Hyunjung unnie, this letter are from the nine of us. We want to apologize. It's right we didn't know much about you. What you love and what you hate the most. We really wanna know though. Because of we didn't acknowledge you, we have made a big mistake. After this, we will be more careful to make any moves. We hope you to forgive us. Thank you, unnie. Saranghae".

Hyunjung terdiam. Tiada sedikit pun senyuman pada bibirnya. Dia merasakan sesuatu mengenai kata - kata pada surat itu.

Jiyeon yang hanya memandangnya dengan hujung mata, menyedari reaksi Hyunjung. Kunyahannya pada makanannya tadi terus terhenti.

Dia menelan suapan terakhirnya lalu bungkusan makanan itu ditutup. Dia perlahan - lahan berpusing ke arah Hyunjung.

"Unnie....", Jiyeon tertunduk.

Hyunjung memandangnya laju.

"Mianhae. We just wanna have some fun together. That day when you absent, we talk about something funny and we really hope that you were there. We wanna laugh together. If we have acknowledged you, we will have fun the other way. The point is, we just wanna laugh together. Nothing more", Jiyeon mendongak dan matanya terus ditikam oleh Hyunjung.

Hyunjung memberinya senyuman tipis sebelum membalas.

"It's okay. It's my fault though. I think i'm afraid of crowded people so i've accidentally made you all like you're stranger to me too. Sorry. I wanna apologize too. Let's have more fun in the future", kini Hyunjung tersenyum lebar.

Serta - merta Jiyeon juga tersenyum kerana senyuman Hyunjung.

Tiba - tiba, mereka bertentangan mata agak lama tanpa mereka sedar. Sehinggalah Hyunjung yang mengalihkan pandangan dahulu ke arah televisyen sambil tersenyum kekok.

Jiyeon tergelak kecil lalu memukul bahu Hyunjung perlahan sebelum fokus pada makan malamnya semula.

-

Hujan renyai tadi menjadi semakin lebat ketika waktu tengah malam tiba. Guruh juga tidak berhenti menembak bumi.

Jiyeon sudah tertidur nyenyak. Mungkin kerana dia keletihan menghabiskan tenaganya di kolam tadi.

Manakala, mata Hyunjung masih terbuntang dan tiada rasa ngantuk. Bukan kerana dia tidak mahu tidur, tetapi dia tidak boleh tidur.

Bunyi guruh yang kuat membuatkan dia risau. Sifat berjaga - jaganya bangkit semula. Perasaan yang risaunya juga bercampur dengan takut. Kini yang masih terjaga di bilik itu hanyalah dia.

Dia melihat Jiyeon yang sudah jauh dibuai mimpi. Kemudian, dia menghadap siling semula dan sekali lagi cahaya kilat menerangi biliknya.

Selimut itu ditarik semula menyelubungi dirinya seperti tadi. Namun, cahaya kilat masih boleh menembusi selimut tebalnya.

Dia kembali menyelak selimutnya separas mata lalu terus memandang Jiyeon yang masih tidak bergerak daripada posisi asalnya.

"Jiyeon ah..", bisik Hyunjung dan tiada respon daripada Jiyeon.

"Jiyeon ah..", Hyunjung memanggilnya lagi. Dan beberapa kali lagi tetapi masih tiada respon.

Dia menghadap siling semula dan cuba untuk menghiraukan guruh itu dan cuba tidur. Namun, ia tidak berjaya.

Akhirnya, dia berdiri lalu mendekati Jiyeon.

"Jiyeon ah..", tangannya menepuk perlahan bahu Jiyeon.

Tapi, masih tiada respon.

Hyunjung mencuba lagi dan akhirnya Jiyeon menoleh kearahnya.

"O, unnie. Waeyo?", Jiyeon membalas dan ingin duduk.

"Ani. Ani. Gwaenchana. Just lie down", Hyunjung menolak perlahan bahu Jiyeon agar dia tidak bangun sebelum dia menyambung.

"I just... There are many storm tonight".

"Um?", balas Jiyeon kurang jelas dengan kata - kata Hyunjung.

"Aahh... Can i sleep beside you?", sambung Hyunjung dan Jiyeon terkedu.

"Nae. Of course", Jiyeon bergerak ketepi sedikit memberi ruang kepada Hyunjung.

Dia melihat Hyunjung baring disebelahnya dan menyelubung diri di bawah selimut sekali lagi.

Perlahan - lahan bibirnya tersenyum tanpa pengetahuan Hyunjung. Jauh di sudut hatinya, dia berasa sangat gembira.

Normal? - SeolBoWhere stories live. Discover now