Usaha Baik🌷

19 1 0
                                    

Saat kita terlalu mencari mereka yang lebih sempurna untuk memahami dan membenarkan tindakan kita.

Saat itu kita kehilangan banyak perkara baik yang dianggap buruk oleh pandangan lalat mata kita.

Tiada manusia yang tidak lepas dari berbuat salah.

Tiada manusia yang lahirnya hanya baik-baik sahaja tanpa ada satu kesilapan yang membawa mereka kembali pada Allah.

Sedangkan Allah sudah menyediakan mereka yang tidak sempurna untuk kita sempurnakan. Dan kita yang tidak sempurna untuk mereka sempurnakan.

Berbuat salah itu biasa,
Kerana kita manusia yang tak lepas dari dosa.

Salah dan silap itu lumrah dunia,
Perselisihan faham adalah ujian untuk merapatkan kita.

Untuk kita lebih kenal baik dan buruk hati dalam meneka. Bukan hanya sekadar mulut berkata tidak, hati berkata ya.

Kita tak sempurna,
Dan dia pun sama.

Hati akan tenang,
Bila kita boleh meraikan perbezaan fikiran.

Ada masa kita ditegur,
Ada masa kita menegur.

Ada masa kita ditenangkan,
Ada masa kita menenangkan.

Sudahlah.
Bukan tugas kita nak persoal,
Siapa baik atau jahat,
Serah saja pada Tuhan.🕊

#akakcinderellashares

Ranting Yang PatahWhere stories live. Discover now