Lawan Jangan Layan🌷

6 1 0
                                    

Bila-bila terasa susah dan berasa sukar dalam berhadapan satu-satu keadaan atau hal, bisikkan jauh ke dalam jiwamu bahawa;

Allah ADA
Allah ADA
Allah ADA

Dengan syarat, keyakinanmu harus tinggi melebihi ketinggian Gunung Everest.

Pengharapanmu sesejuk bekuan ais, dan kepasrahanmu sehangat sinaran mentari diwaktu pagi setelah habis keringatmu.

Kamu akan mendapati bahawa jiwamu setenang suasana menghirup kopi dan menggigit sebuku roti dengan suasana hati yang sederhana.

Setiap kali berdepan masalah,
Katakanlah : Aku ada Allah.

Setiap kali berdepan resah,
Katakanlah : Aku ada Allah.

Setiap kali diuji dengan manusia,
Katakanlah : Aku ada Allah.

Setiap kali berdepan rasa tidak berdaya,
Katakanlah : Aku ada Allah.

Banyak perkara di atas dunia ini yang perlu kita syukuri yang mana tidak sepatutnya tenggelam hanya kerana masalah yang singgah dan akan pergi dalam kehidupan.

Apa-apa sahaja yang kita ada dalam hidup ini, apa yang kita rasa, semuanya tidak akan pernah kekal.

Kunci utama adalah berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Kemudian bersyukur dengan sikit atau banyak dengan apa yang diberi Allah SWT.

Kerana tiap-tiap sesuatu sebenarnya, hanyalah ujian daripada Allah SWT.

#akakcinderella

Ranting Yang PatahWhere stories live. Discover now