Pernah tak fikir, kalaulah kita ni dibolehkan mendengar semua bisikan hati manusia di sekeliling kita, dan kita cepat melatah. Mudah memberi reaksi kepada semua kata-kata hati manusia, tentu kita tak nak keluar rumah pun sebab malu. Sebab kita tahu kita ni tak baik mana pun. Allah sembunyi aib kita je.
Untuk teruskan hidup,
Hati kena keras,
Tak boleh cepat rebah,
Dan mengalah hanya kerana terasa hati.Perjuangan kita semua lain-lain.
Ada yang menunjukkan kisah perit dan luka mereka dan bagi inpisrasi untuk tetap kuat dan teruskan hidup.Ada yang sembunyi, tidak bercerita.
Seolah-olah tiada apa kesusahan pun. Padahal hakikatnya hanya Tuhan Yang Maha Tahu susah dan senang mereka nak teruskan hidup.Itulah beza.
Ada yang suka bercerita.
Ada yang suka rahsia.Kita.
Hargai dan meraikan.Memanglah dalam hidup ini,
Ramai manusia suka bercakap ikut sedap mulut. Seolah mahu berkongsi rasa, tapi dalam masa yang sama merendahkan pihak yang menerima dan mendengar.Hanya dia saja boleh bagi pendapat.
Hanya dia saja yang betul.
Hanya dia saja rajin.
Hanya dia saja pandai.
Hanya dia saja baik.
Hanya dia saja semuanya.Kita?
Tak seharusnya terluka dengan kata-kata.
Tak seharusnya terbawa emosi.Bila kita faham erti tanggungjawab,
Tiada keluhan.
Tiada kata caci maki sesama sendiri.Sebab kita berpegang pada kebenaran.
Sebab kita berpegang lebih baik sibuk dari menyibuk.
Sebab kita berpegang manusia itu ada bahagian masing-masing.Kadangkala kita di uji dengan melihat masalah orang lain untuk kita nampak. Dan orang lain yang melihat masalah kita di uji untuk mereka nampak.
Biasalah,
Hidup ini putaran.Cuma kita kena didik hati sentiasa meraikan sesama kita dalam perbezaan. Yang kita nampak adakala tak sama dengan yang kita fikir.
Bersangka baiklah.
Fikir yang baik.
Cakap yang baik.
Semoga yang baik juga akan kembali.🕊#akakcinderellashares
YOU ARE READING
Ranting Yang Patah
Ficción GeneralHimpunan aksara untuk mengubat hati yang patah. Agar tetap kuat dan saling menguatkan.🌷