Bangun Cinta🌷

11 1 0
                                    

Seseorang pernah berkata,
Cinta itu adalah bahagia,
Bila setia hingga hujung nyawa.

Seseorang pernah berkata,
Cinta itu sakit yang buat lara jiwa,
Bila putus di saat sayang masih membara.

Seseorang pernah berkata,
Cinta itu walau awalnya selalu bahagia,
Bila kata bukan jodohnya,
Bersiaplah untuk terluka.

Seseorang pernah berkata,
Andai satu hari kamu jatuh cinta,
Wujudkanlah cinta itu sewajarnya,
Jangan jatuh cinta lalu gila kerananya.

Benar katanya,
Jatuh cinta itu sakit bila mana ia tak sampai pada kehendak hati hingga melalaikan perintah Ilahi.

Namun,
Bila matlamat cinta itu dibangunkan semata-mata kerana redha Allah SWT, jalan membangunkan cinta itu jadi indah dalam ketaatan.

Kerana cinta jadi ada tujuan,
Tujuan yang mana antara kita saling mencintai untuk mencintai-Nya.

#akakcinderella

Ranting Yang PatahWhere stories live. Discover now