Rahsia Diri🌷

6 1 0
                                    

Aku terdiam seketika,
Menjadi pendengar setia,
Biarkan dia meluah segalanya.

"Saya suka cakap dengan akak, saya rasa tenang. Tak serabut. Ceria. Bahagia. Suami dan anak-anak buat saya serabut. Rasa stress. Selalu gaduh-gaduh tak pernah nak aman. Saya tak de tempat nak luahkan bila rasa penat melampau. Suami tak pernah nak faham saya."

Tersenyum.
Entah dimana benarnya.

Aku mengambil teladan di sebalik luahan katanya.

Pada aku,
Setiap rumah ada kisah tersendiri.

Ada waktu kita gembira,
Ada waktu kita berduka.

Bercakap soal gaduh,
Setiap saat aku dan adik bergaduh.

Ada masa bila keadaan tak terkawal.
Cepat-cepat istighfar dan urus emosi jangan mudah biar syaitan menang.

Gaduh itu biasa,
Cuma jangan biar lama.

Setiap rumah itu,
Ada lebihnya,
Ada kurangnya.
Ada rahsia tersendiri.

"Yang dia nampak kami bahagia, yang dia tak nampak saat kami menangis..."

Senyum ketawa bersama,
Tangis duka sendiri,
Tak semua perkara harus dikongsi.

Mungkin lebih baik jika dia nampak kami bahagia saja. Untuk dia lebih inspirasi cipta bahagia sendiri.

Saat kami bergaduh menangis,
Cukuplah hanya kami yang tahu.

Tenang.
Setiap rumah punya cara masing-masing.

Terpulang pada kita,
Bagaimana mahu mencipta rasa,
Tenang dan bahagia itu hadir di rumah kita.

Kita berurusan dengan manusia yang tidak sempurna,
Ada kurang dan lebih tersendiri.

Kadang kita tersalah kata,
Kadang dia juga begitu.

Maafkanlah,
Belajar lupa salah manusia,
Belajar perbaiki salah kita.

Terima salah mereka,
Bagaimana mereka terima salah kita.

Tidak perlu kita canangkan keburukan/masalah dalaman rumah kita pada orang luar, risau jika diluah pada yang tidak sepatutnya ia menjadi bertambah masalah.

Kita dan ahli keluarga kita adalah makhluk manusia yang mempunyai 1000 kekurangan yang sempurnanya harus saling dilengkapi sesama kita.

Tenang. Dan percaya.
Bahagia itu hadir saat kita meletakkan sesuatu kerana Allah semata, Dia yang utama.

Saat ini,
Aku sedang berjuang dengan dugaan yang Allah beri. Dia juga sedang berjuang dengan dugaan yang Allah beri. Dan kita semua adalah orang yang sedang berjuang.

Motivasi utama kita adalah Allah.
Buat sesuatu kerana Allah.

InsyaAllah kita akan kuat,
Tenang, bahagia dan membahagiakan.🕊

#akakcinderellashares

Ranting Yang PatahWhere stories live. Discover now