Jiwa Yang Mati🌷

5 0 0
                                    

Saat dia mula belajar untuk membuka hati dan menerima, dia rupanya 'di duga' hati.

Dia cuba mencari hikmah-Nya,
Tidak mahu terus hanyut dilanda kecewa,
Tidak mahu lemah oleh hati yang terluka.

Lamaran terakhir yang membuat dia terduduk untuk tidak berfikir lagi soal hati.

Kadang terfikir...
Ada apa dengan cinta?
Andai cinta itu sering melukakan.

Sekali dia jatuh cinta,
Dia tak mudah kata ya.

Sekali dia dipermainkan hati,
Dia takkan berpaling lagi.

Erti cinta pada dia terlalu bererti,
Bukan sekadar berkongsi hati.

Cinta dia hanya untuk seorang lelaki,
Yang ditakdir pasti.

Andai cinta itu menjauhkan dia dari-Nya, dia memilih untuk pergi hingga saatnya tiba dengan izin-Nya.

Duhai hati,
Kuat ya.

Kamu kena kuat.
Tabah dan cekal.

Kamu dan dia hanya manusia biasa,
Bila jodohnya ada maka ada,
Bila tiada jodohnya maka tiada.

Tingkatkan ketaatan pada Allah SWT dan Rasul-Nya untuk mengatasi semua luka itu.

Pasti ada hikmah-Nya,
Dia yakin. Ada.

Dia teringat satu ungkapan yang memujuk hatinya dari Luqman Al Hakim yang menasihati anaknya, " Anakku, emas diuji dengan api dan hamba yang soleh diuji dengan bencana. Apabila Allah SWT mengasihi satu kaum, mereka diuji. Sesiapa yang rela, Allah SWT juga rela. Sesiapa yang marah, Allah SWT juga marah."

Alhamdulillah ala kulli hal.🕊

#akakcinderellashares

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 23, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ranting Yang PatahWhere stories live. Discover now